Pemain dipaksa tanggal seluar selepas kalah

Pemain dipaksa tanggal seluar selepas kalah
Micovschi ditahan sebelum diarah menanggalkan seluarnya oleh penyokong fanatik Avellino.

Pemain dipaksa tanggal seluar selepas kalah

AVELLINO: Gara-gara pasukan kesayangan tewas, penyokong fanatik kelab Avellino bertindak menahan dan memaksa seorang pemain yang sedang memandu kereta berhenti di tepi jalan sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian dengan hanya tinggal seluar dalam.

Pasukan divisyen bawah Liga Itali itu tewas aksi ‘play-off’ untuk promosi ke Serie C di tangan Foggia dan selepas perlawanan, pemain tengah, Claudiu Micovschi ditahan oleh penyokong yang tidak berpuas hati dengan kekalahan itu.

Bekas pemain Genoa itu diarahkan untuk menanggalkan seluar trek dipakainya pada tengah malam, 4 Mei lalu.

Insiden itu mungkin tercetus susulan kenyataan yang dilontarkan oleh anak Presiden Avellino, Giovanni D’Agostino yang menyalahkan pemain atas kekalahan itu pada sidang media selepas perlawanan.





“Mudah untuk melihat pemain menjadi dalangnya (atas kekalahan pasukan).

“Mereka tidak menunjukkan bahawa mereka layak untuk menyarung jersi pasukan ini.”

D’Agostino turut menyatakan bahawa pasukan itu sentiasa melindungi pemain namun memberi bayangan perubahan akan dilakukan supaya pemain mereka tidak lagi ‘selesa’ selepas ini.

“Saya tidak mahu berlakunya salah faham tetapi pemain perlu menghadapi situasi yang sukar ketika ini.

“Mungkin penyokong boleh membantu kami.”





Polis Itali sudah menahan dua lelaki berusia 22 dan 30 tahun dengan mereka berdepan tuduhan mengugut dan mencuri seluar trek Micovschi. -AGENSI

Wanita tak boleh dipaksa berkahwin

Pemain dipaksa tanggal seluar selepas kalah


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker