Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia ada sejarah asma

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia ada sejarah asma

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia ada sejarah asma

KUALA LUMPUR: Pemain Piala Presiden Selangor FC, Muhammad Husni Idrus yang meninggal dunia semalam disahkan mempunyai sejarah penyakit asma.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, perkara itu disahkan hasil semakan ke atas rekod kesihatan pemain berusia 21 tahun itu.

Bagaimanapun, katanya pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada hospital untuk mengetahui punca sebenar kematian pemain itu.





“Setakat ini siasatan diteruskan di bawah laporan kematian mengejut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pemain skuad Piala Presiden Selangor FC itu meninggal dunia malam tadi dan Selangor FC yang mengesahkan perkara itu turut menzahirkan kesedihan di atas kehilangan arwah.

Mengulas kejadian itu, Ku Mashariman berkata, polis menerima panggilan telefon memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri di Sunway X Park, di Petaling Jaya.

Susulan itu, katanya dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Balai Polis Sungai Way bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui seorang lelaki terbaring di atas lantai berhampiran tandas di medan selera.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 21 tahun dan pemain bola sepak Piala Presiden Bawah 21 yang mewakili Selangor dan mangsa juga menyertai perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dan Johor di Padang PKNS Kelana Jaya.





“Apabila selesai perlawanan, mangsa dan beberapa rakan sepasukan ke lokasi kejadian untuk menjamu selera dan kemudiannya mengalami sesak nafas sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya.

ANAK LAN SOLO HIDAP ASMA ALAMI SESAK NAFAS

Pemain Piala Presiden Selangor FC meninggal dunia ada sejarah asma


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker