Penunggang motosikal belasah warga emas didakwa di mahkamah

Penunggang motosikal belasah warga emas didakwa di mahkamah
Muhammad Zulkifli didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tuduhan mencederakan seorang warga emas dalam kejadian pada Ahad lalu

Penunggang motosikal belasah warga emas didakwa di mahkamah

SHAH ALAM: Penunggang motosikal yang membelasah seorang warga emas dalam kejadian di Padang Jawa pada Ahad lalu, mengaku tidak bersalah ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Su, 24, mengaku tidak bersalah sejurus mendengar pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan mangsa, Zainol Din Hussain, 60, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di Padang Jawa dekat sini pada 22 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.





Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur mencadangkan, tertuduh diberi ikat jamin RM6,000 oleh seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa atau saksi berkaitan kes berkenaan.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Abi Mursyidin Awal, memohon agar anak guamnya dikenakan ikat jamin pada kadar rendah kerana hanya bekerja sebagai mekanik selain menanggung ibu bapanya di kampung.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi berkaitan.

Ahad lalu, seorang lelaki ditahan polis selepas memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku 12 tengah hari yang mana ia kemudian tular di media sosial. Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas penunggang motosikal berang kerana pemandu warga emas itu membelok kereta secara tiba-tiba.





Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

JDT belasah Kelantan

Penunggang motosikal belasah warga emas didakwa di mahkamah


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker