PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Zuraidah keluar dari PPBM dan menyertai PBM, sememangnya sudah dijangka.

Malah sebelum ini, Edisi Siasat pernah menulis mengenai perkara ini.

Alasan kenapa Zuraida meninggalkan PPBM, tidak perlu dibincangkan lagi kerana sudah menjadi rahsia umum.





Apa yang menarik perhatian Edisi Siasat ialah ekoran dari pengumuman Zuraida, terserlah sikap sebenar pemimpin PPBM.

PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

Ketua Armada PPBM, Wan Fahysal, dengan segera membuat pengumuman bahawa jawatan menteri yang dipegang Zuraida adalah milik PPBM.

Nada yang sama disuarakan oleh Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin.

PPBM akan segera memberikan nama pengganti Zuraida, menurut beliau.

Ismail Sabri belum lagi membuat sebarang ulasan atau kenyataan mengenai perkara tersebut.





Tetapi pemimpin PPBM sudah kelam kabut membuat kenyataan untuk menuntut jawatan menteri tersebut.

Waktu perbahasan mengenai Rang Undang Undang Anti Lompat Parti, pemimpin PPBM memberikan pelbagai alasan untuk menolak.

Tetapi untuk jawatan menteri, pemimpin PPBM beriya menuntut.

Edisi Siasat cuma nak tanya, PPBM tak rasa rugikah melengah-lengahkan Akta Anti Lompat Parti?

Masalahnya dari era Pakatan Harapan hingga ke era Ismail Sabri, adakah menteri dari PPBM berjaya tunjukkan prestasi yang baik?





 

PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker