Pusat Pemeriksaan Woodlands dibesarkan, tampung penambahan kenderaan

Pusat Pemeriksaan Woodlands dibesarkan, tampung penambahan kenderaan
SINGAPURA: Pusat Pemeriksaan Woodlands di sini akan diperbesarkan dengan membangunkan kawasan sehingga Pusat Bandar Old Woodlands, seperti yang dirancang sebelum ini.
Channel NewsAsia melaporkan, projek yang diumumkan hari ini akan membabitkan pengambilan semula beberapa pangsapuri Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Pihak Berkuasa Darat Singapura (SLA) dan HDB.
Pihak berkuasa menyatakan jumlah kenderaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dijangka meningkat 40 peratus menjelang 2050, bermakna purata 400,000 pengembara sehari akan menggunakan laluan berkenaan berbanding tempoh sebelum pandemik.
“Jika kapasiti pelepasan keseluruhan tidak ditingkatkan, masa perjalanan bagi trafik akan bertambah lebih 60 hingga 70 peratus pada waktu puncak menjelang 2050,” menurut satu kenyataan itu.
Untuk memperbesarkan Pusat Pemeriksaan Woodlands, tujuh blok merangkumi lebih 730 unit pangsapuri yang terjual, Blok 212 hingga 218 Marsiling Crescent/Lane, akan diambil semula dan diberi pampasan berdasarkan harga pasaran unit masing-masing.
Mereka (pemilik kediaman) juga akan diberi pilihan untuk membeli pangsapuri baharu dengan status pemilikan 99 tahun yang baharu, pada harga bersubsidi.
Penghuni blok yang terdiri daripada pangsapuri sewaan, kiosk sewaan, kedai sewaan dan kedai makan sewaan juga akan mendapat manfaat penempatan serta pemindahan semula.
Penghuni dan penyewa akan diminta mengosongkan bangunan pada penggal kedua 2028, kata Pengarah Projek dan Pembangunan HDB, Ng Hwee Yian.
Matlamat pembesaran kompleks Pusat Pemeriksaan Woodlands adalah untuk mengawal kesesakan lalu lintas dan menjadikannya lebih relevan buat masa hadapan.
Projek pembesaran itu akan membabitkan lorong pelbagai yang boleh memproses pelepasan kereta dan motosikal, serta mengurangkan masa perjalanan sehingga empat kali ganda.
Ini bermakna pelepasan hanya mengambil masa 15 minit berbanding 60 minit ketika ini pada waktu puncak. – AGENSI
Pusat Pemeriksaan Woodlands dibesarkan, tampung penambahan kenderaan
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.