Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti

Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti

Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti

Di Amerika Syarikat, sebelum melaksanakan pilihanraya presiden, debat terbuka calon presiden akan diadakan.

Debat tersebut dapat disaksikan bukan sahaja di seluruh Amerika, malah di seluruh dunia.

Dalam debat tersebut, calon presiden akan bersemuka dan akan membentangkan dasar yang akan dilaksanakan sekiranya terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.





Rakyat Amerika akan dapat menilai dan memilih presiden mereka dengan lebih yakin sebelum diberikan mandat.

Namun di Malaysia, perkara sebegini belum pernah berlaku.

Kelazimannya rakyat akan mengundi berdasarkan kepada sentimen yang wujud ketika kempen pilihanraya.

Rakyat tidak diberikan gambaran yang jelas, ke manakah negara akan dibawa oleh Perdana Menteri yang akan dilantik oleh parti yang menang.

Ada masanya, kredibiliti parti tidak memberikan gambaran yang tepat kepada kredibiliti calon Perdana Menteri.





Ironiknya, bukan parti yang akan memimpin kerajaan, tetapi Perdana Menteri yang akan menjadi ketua kerajaan.

Bukan parti yang akan menentukan dasar negara, tetapi Perdana Menteri yang akan menentukannya.

Oleh itu, rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk menilai bukan sahaja kredibiliti parti tetapi juga kredibiliti bakal Perdana Menteri.

Cara terbaik untuk rakyat menilai ialah melalui debat terbuka pra pilihanraya.

Tetapi mungkin berbeza dengan Amerika di mana debat calon presiden hanya melibatkan pertembungan 2 penjuru.





Di Malaysia, ianya mungkin melibatkan pertembungan 3 atau 4 penjuru atau mungkin lebih.

3 gabungan parti politik besar di Malaysia, Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Ketiga-tiga calon Perdana Menteri, Ismail Sabri, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin hendaklah diletakkan di atas satu pentas debat.

Di sana mereka boleh membentangkan dasar dalam dan luar negara mereka sekiranya parti pimpinan mereka diberikan mandat.

Kalau PAS tidak lagi berselera dengan Perikatan Nasional, Hadi Awang pun boleh turut serta.





Lagi ramai, pasti akan menjadi lebih meriah!!!

 

Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker