Tingkat operasi bersama tangani ancaman keselamatan, COVID-19

Tingkat operasi bersama tangani ancaman keselamatan, COVID-19
KUALA LUMPUR: Memperkukuh maklumat tertutup dan pertukaran hasil risikan dalam kalangan pihak berkuasa di perbatasan bagi mencegah ancaman keselamatan bukan tradisional di sempadan adalah antara resolusi dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Persempadanan Am Malaysia-Thailand Ke-55.
Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu antara lain turut bersetuju meningkatkan keberkesanan operasi bersama di sepanjang sempadan bagi membendung ancaman keselamatan bukan tradisional dan penularan jangkitan COVID-19.
Ia dipengerusikan secara bersama antara Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan di sini, semalam.
Hishammuddin dan Prawit dalam satu kenyataan bersama, berkata kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempermudah aktiviti melintasi sempadan secara sah bagi tujuan pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan komuniti kawasan perbatasan.
“Kita juga bersetuju untuk memperhebat komunikasi menerusi pelantikan pegawai perhubungan (LO) bagi Program Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di sepanjang sempadan secara bersama.
“Persetujuan bersama turut dicapai bagi menjalankan eksesais Jawatankuasa Latihan Gabungan Bersama Thailand-Malaysia (JCEC THAMAL) Keempat dengan kemungkinan menjemput ASEAN dan negara sekutu sebagai pemerhati dan peserta. Ini akan membolehkan penilaian doktrin dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada HADR,” katanya.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRU 15 Semakin Hampir, Karier Katak Dan Pengkhianat UMNO Akan Berakhir
- Rahsia Yang Cuba Di Sembunyikan Di Sebalik Peratusan Mengundi Rendah Pemilihan PKR
- Isu Kutti Di Gunakan Untuk Melempiaskan Amarah Mahathir
Kenyataan itu antara lain menjelaskan, kedua-dua negara bersetuju agar Latihan Gabungan Bersama Thailand-Malaysia (JCEX THAMAL) Keempat dianjurkan pada 2024.
“JCEX THAMAL Keempat itu akan memfokuskan aspek bantuan ketenteraan dari negara anggota ASEAN dengan berlatarbelakangkan HADR, selain penekanan khusus akan diberi bagi mempromosi peranan wanita serta perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS).
“Kedua-dua negara juga bersetuju agar penganjuran Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Persempadanan Am Malaysia-Thailand Ke-56 dibuat di Thailand, pada 2023,” katanya.

Mesyuarat berkenaan antara lain berpuas hati dengan kemajuan bagi setiap aktiviti dipantau beberapa jawatankuasa, antaranya Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) dan Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC), termasuk aktiviti operasi, pengurusan sempadan dan inisiatif pembangunan sosioekonomi di sempadan Malaysia-Thailand.
Selain itu, mesyuarat berkenaan mengesahkan laporan membabitkan kemajuan perancangan dan pengendalian pelbagai aktiviti disyaratkan agensi dan rakan sejawat dengan ia merangkumi aspek keselamatan dan pembangunan pengurusan di sempadan.
Tingkat operasi bersama tangani ancaman keselamatan, COVID-19
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.