Warga emas mati terkejut rumah dihempap pokok kelapa

Warga emas mati terkejut rumah dihempap pokok kelapa
Anggota Bomba dan Penyelamat Kangar berusaha mengalihkan pokok kelapa yang tumbang dalam usaha mengeluarkan mangsa dalam kejadian awal pagi tadi.

Warga emas mati terkejut rumah dihempap pokok kelapa

KANGAR: Seorang warga emas meninggal dunia apabila mengalami sesak nafas selepas rumahnya di Jalan Bukit Kecil di sini dihempap pokok kelapa awal pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila mangsa, Hatun Osman, 66, terkejut dari tidurnya sejurus sebatang pokok kelapa yang berada di tepi rumahnya tumbang tiba-tiba jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata pokok kelapa tumbang menghempap bumbung bahagian tepi rumah tempat mangsa tidur.

“Siasatan tempat kejadian mendapati rumah itu dibina menggunakan kayu dan separa bata dan pokok kelapa yang tumbang itu menyebabkan runtuhan pada atap zink rumah berkenaan.





“Mangsa yang terjaga dari tidurnya akibat kejadian itu terkejut dan mengalami sesak nafas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat dihempap pokok.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk urusan selanjutnya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan kes masih diteruskan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis memaklumkan pasukan itu menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 4.53 pagi.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dikerah ke lokasi dan mendapati kejadian membabitkan sebatang pokok kelapa yang tumbang dan menimpa bahagian bilik sebuah rumah.





“Kita dapati ada seorang mangsa wanita berusia 66 tahun dalam rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi,” katanya.

Tangisan bayi disangka kucing

 

Warga emas mati terkejut rumah dihempap pokok kelapa


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker