Warga Myanmar bertindak sendirian culik kanak-kanak

Warga Myanmar bertindak sendirian culik kanak-kanak
Polis menahan lelaki warga Myanmar yang cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia empat fi rumahnya di Batu Tiga, Jalan Gambang pada 22 Mei lalu. – Foto IHSAN PEMBACA

Warga Myanmar bertindak sendirian culik kanak-kanak

KUANTAN: Lelaki warga Myanmar yang ditahan selepas didakwa cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Batu Tiga, Jalan Gambang di sinipada 22 Mei lalu, dikatakan bertindak sendirian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata justeru, pihaknya menafikan kejadian membabitkan warga Myanmar berusia 30 tahun itu turut membabitkan sindiket.

Katanya, siasatan mendapati suspek berada di tempat kejadian dengan berjalan kaki dan tidak bertindak untuk menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak lain.

“Suspek kelihatan mengalami gangguan mental dan memaklumkan bahawa dia sudah berkahwin selama lapan tahun tetapi tidak mempunyai anak.





“Kita percaya suspek melihat kanak-kanak itu dan merancang untuk membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya.

“Pada masa sama, ibu kanak-kanak itu melihat kejadian itu sebelum menjerit meminta tolong,” katanya ketika diminta mengulas penahanan seorang lelaki warga Myanmar berkaitan dakwaan cubaan menculik pada 22 Mei lalu.


​Disyorkan Untuk Anda :

Wan Mohd Zahari ditemui selepas sesi perjumpaan antara Polis Kuantan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan penternak lembu kawasan Beserah berkaitan isu haiwan ternakan berkeliaran di jalan raya di Balai Polis Beserah, di sini hari ini.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa wujud sindiket penculikan membabitkan warga asing yang beroperasi di sini dan sasaran mangsa ialah kanak-kanak yang akan dibawa ke tempat lain.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri kini direman selama 14 hari untuk siasatan oleh Jabatan Imigresen,” katanya.





Dalam kejadian jam 9 pagi 22 Mei lalu, suspek ditahan di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu Tiga, di sini oleh orang awam selepas melihat bapa mangsa mengejar lelaki terbabit.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku ketika mangsa bermain pasir di hadapan rumah manakala ibunya pula menyiram pokok bunga di halaman.

Bapa mangsa mendengar jeritan isterinya yang mengatakan anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

Lelaki Myanmar cuba culik kanak-kanak empat tahun ditahan





Warga Myanmar bertindak sendirian culik kanak-kanak


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker