ZARINA ANJOULIE SINDIR AWAL ASHAARI?
"KARMA IS REAL... TAK PERLU BERIA NAK JATUHKAN, BURUKKAN ORANG"
ZARINA ANJOULIE SINDIR AWAL ASHAARI?
“Hari tu Awal was going all out for my BFF @hafidzahhassan1. Karma is real. Let’s all stay humble next time tak perlu beria nak jatuhkan orang, nak memburukkan orang sebab kita tak tahu bila kita pulak akan jatuh,” itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie di Twitter.
Kenyataan yang dimuat naik itu telah menjadi perhatian ramai apabila memberi reaksi mengenai pengacara Awal Ashaari berhubung kes khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.
Menerusi entri itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju mendakwa Awal sebelum ini pernah mengkritik rakan baiknya iaitu peguam Nurul Hafidzah Hassan.
Anju turut menganggap tuduhan berkenaan adalah ‘kifarah’ yang berlaku terhadap Awal. Anju turut berpesan kepada Awal supaya tidak perlu beria untuk menjatuhkan orang lain.
Terdahulu, Awal didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan. Bagaimanapun, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
ZARINA ANJOULIE : MENGAKU BERSALAH MASUKKAN DADAH KE DALAM BADAN
ZARINA ANJOULIE SINDIR AWAL ASHAARI?
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.