De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei
De Paula meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika menentang Brunei pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Foto FAM

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei
Guilherme de Paula. – Foto FAM

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya ‘merasmikan’ aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas lebih dua tahun dengan langkah kanan apabila menjadikan Brunei sebagai ‘mangsa’ menerusi kemenangan 4-0, sebentar tadi.

Ini adalah kemenangan kedua buat pengendali baharu, Kim Pan Gon sekali gus membekalkan tonik terbaik sebelum mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Hong Kong di venue sama, Rabu ini.

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei
Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad menanduk gol sambil diasak pemain Brunei, Muhd Afi Aminuddin pada Perlawanan pesahabatan Antarabngsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Foto Aswadi Alias
De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei
Pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh menanduk bola sambil diasak pemain Brunei, Muhd Afi Aminuddin (depan) pada perlawanan aksi persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS.

Menentang lawan di ranking ke-191 dunia itu, peluang jelas dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pan Gon untuk menjalankan ‘eksperimen’ terutamanya dengan memberikan penampilan pertama kepada pertahanan, V Ruventhiran.

Selain Ruventhiran, Pan Gon turut memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain simpanan antaranya seperti Khairul Azhan Khalid, Syahmi Safari, Mohamadou Sumareh dan Faisal Halim untuk membarisi kesebelasan utama.





Malaysia bermain dengan 10 pemain sejurus sepak mula apabila Sumareh dirempuh pemain Brunei sehingga memaksa pemain naturalisasi itu dikeluarkan seketika untuk menerima rawatan di tepi padang.

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei
Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad (kanan) diasak pemain Brunei, Muhd Hanif Hamir pada Perlawanan pesahabatan Antarabngsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Foto Aswadi Alias

Gawang Brunei hanya sempat bertahan 15 minit selepas Malaysia membuka jaringan menerusi tandukan Syafiq Ahmad berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Ruventhiran.

Beberapa percubaan tanpa ‘tujuan’ yang dilancarkan pemain negara selepas itu tidak cukup untuk mengubah kedudukan sehinggalah Syamer Kutty Abba menyudahkan hantaran satu dua Faisal untuk menjadikan kedudukan 2-0 di penghujung babak pertama.

Sekalipun terlepas peluang meledak gol pada minit ke-50 namun Guilherme de Paula menjadi ‘arkitek’ untuk gol ketiga Malaysia selepas hantarannya disempurnakan Faisal pada minit ke-57 sebelum dia mensia-siakan kesempatan terbaik untuk menambah gol keempat Malaysia tiga minit berselang.

Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi gamat apabila detik yang amat dinantikan ribuan penyokong hadir pada minit ke-81 selepas De Paula tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-0.





De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei
– Foto ihsan TV9

De Paula jadi penyokong diri sendiri

De Paula bantu Harimau Malaya baham Brunei


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker