Dijadikan keldai akaun tanpa sedar

Dijadikan keldai akaun tanpa sedar
Tangkap layar perbualan antara Zahirah dengan Kakda yang cuba menjadikannya sebagai keldai akaun. – Foto ihsan pembaca

Dijadikan keldai akaun tanpa sedar

SEREMBAN: Seorang penghantar barang laman beli-belah dalam talian mendakwa diperdaya sindiket penipuan melalui Facebook dan dijadikan keldai akaun oleh seorang wanita dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya.

Menceritakan pengalamannya, Nur Zahirah Hazwani Azman Shah, 25, berkata wanita terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Kakda dan memintanya supaya membayarkan bil laman beli-belah di kedai serbaneka yang menawarkan perkhidmatan pembayaran bil.

Menurut Nur Zahira, wanita berkenaan mendakwa, rakannya memasukkan sejumlah wang ke akaun bank untuk tujuan berkenaan sedangkan ia adalah wang milik mangsa yang diperdaya.

“Pada 12 Mei, saya terima pesanan daripada pelanggan bernama Kakda yang meminta saya membayarkan bil berkenaan. Keesokannya saya dimaklumkan dia sudah memasukkan wang berjumlah RM870 ke akaun saya.





“Selepas semak baki, memang ada wang dimasukkan oleh seorang wanita. Saya kemudian teringat satu hantaran di Facebook mengenai modus operandi sama yang digunakan ‘scammer’ untuk menjadikan saya sebagai keldai akaun,” katanya ketika dihubungi.

Zahira berkata, dia meminta pandangan seorang rakan lalu diminta supaya tidak meneruskan pembayaran bil berkenaan kerana mengesyaki ia adalah perbuatan scammer dan pada masa sama, cuba mengenal pasti pemilik wang yang dipindahkan itu.

“Pada hari sama, Kakda sekali lagi hantar mesej memaklumkan memindahkan lagi sejumlah wang dan apabila saya semak, ada satu jumlah yang agak besar dimasukkan. Saya terus sekat nombornya dan membuat laporan di Balai Polis Benut,” katanya.

Dia kemudian ke bank bagi menutup akaun terbabit supaya wanita itu tidak menyalahgunakannya lagi.

“Pada 18 Mei saya mendapat janji temu dengan pihak bank dan mereka membantu saya membuka akaun baharu. Mereka juga memberi sedikit maklumat mengenai wang yang dipindahkan ke akaun saya.





“Saya berjaya menjejaki pemilik wang berjumlah RM870 melalui Facebook dan memulangkan semula wang miliknya namun pemilik kedua sukar dijejaki kerana tiada nama memandangkan dia memasukkan wang menggunakan mesin deposit tunai.

“Saya diberitahu bank, individu ini berasal dari Taman Molek, Johor Bharu, Johor. Jika ada sesiapa yang berasal dari sana dan pernah memasukkan sejumlah wang ke akaun atas nama saya, boleh berhubung dengan saya dan sertakan bukti kukuh.

Zahira berkata, dia bernasib baik kerana sedar lebih awal akaun banknya dijadikan keldai akaun oleh wanita berkenaan dan jika masih meneruskan permintaan pelanggan itu sudah pasti dia kini sudah dicop sebagai keldai akaun.

“Dia menjadikan akaun saya sebagai transit. Selepas saya membuat pembayaran laman beli-belah itu, dia boleh menukarnya kepada wang tunai melalui resit atau nombor pin Touch n Go yang diberikan kedai serbaneka,” katanya.

Messi gelar Carragher keldai





Dijadikan keldai akaun tanpa sedar


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker