Djokovic sedih Becker dipenjara

Djokovic sedih Becker dipenjara
Legenda tenis Jerman Boris Becker dipenjarakan selama dua tahun setengah oleh mahkamah London kerana melanggar syarat-syarat muflis. – Foto AGENSI

Djokovic sedih Becker dipenjara

PARIS: Novak Djokovic berkata dia sedih melihat bekas jurulatihnya Boris Becker dimasukkan ke penjara susulan kes muflis pada tahun 2017 dan berharap legenda tenis Jerman itu kekal kuat serta sihat.

Juara enam kali Grand Slam Becker dan Djkovic bergabug selama tiga tahun sehingga pada tahun 2017.

Sepanjang tempoh itu mereka memenangi enam gelaran major, termasuk Grand Slam karier apabila Djokovic menjuarai Terbuka Perancis pertamanya pada tahun 2016.

“Ia menyedihkan saya untuk melihat dia melalui semua ini. Boris sentiasa baik kepada saya dan keluarga saya, dan kami mempunyai hubungan akrab serta pencapaian hebat dalam sukan ini sepanjang tempoh itu .





“Saya ada berhubung dengan salah seorang anak lelakinya, Noah, dan bertanya jika ada apa-apa yang boleh saya bantu. Tetapi ia sukar. Saya harap dia kekal sihat dan kuat,” kata Djokovic.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic berkata dia mahu kembali ke Terbuka Australia tahun depan selepas dihantar pulang dari Melbourne Januari lalu kerana enggan divaksinasi.

Djokovic, juara bertahan di Paris, mara ke pusingan keempat buat tahun ke-13 berturut-turut dengan kemenangan 6-3, 6-3, 6-2 ke atas Aljaz Bedene dari Slovenia.

Pemain Serbia itu, yang belum tewas sebarang set di Roland Garros tahun ini, dijangka akan bertemu juara 13 kali Rafael Nadal di suku akhir sekiranya masing-masing menang di pusingan keempat. – AFP

Djokovic sah pertahan kejuaraan Terbuka Australia





Djokovic sedih Becker dipenjara


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker