FAM anggap Harimau Muda tak gagal

FAM anggap Harimau Muda tak gagal

FAM anggap Harimau Muda tak gagal

KUALA LUMPUR: Wajarkah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dilabel sebagai gagal selepas pulang dengan tangan kosong daripada temasya Sukan SEA Vietnam, baru-baru ini?

Adakah rumusan yang diberikan Majlis Sukan Negara (MSN) itu dianggap adil buat anak buah Brad Maloney yang setakat meraih kedudukan keempat selepas tewas pada penentuan pingat gangsa di tangan Indonesia?

Mengulas mengenai situasi itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar menegaskan skuad ‘Harimau Muda’ sudah menunjukkan prestasi yang terbaik pada temasya itu namun nasib tidak menyebelahi mereka.





“Bagi kami, ia satu pendedahan yang baik kepada pemain untuk persiapan ke Piala Asia B-23. Kita bangga kerana kita satu-satunya pasukan yang tidak memiliki pemain lebih usia pada Sukan SEA kali ini.

“Nak katakan gagal pun, tak boleh kerana dari segi prestasi, memang (pemain) bagus tetapi dalam bola sepak, mustahak untuk kita menjaringkan gol.

“Kita pun sedih sebab tidak mendapat pingat sekurang-kurangnya gangsa tetapi nak buat bagaimana kalau kita tak dapat. MSN pun ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk apa yang dianggap gagal, jadi saya akan tanya (MSN),” katanya.

Selain bola sepak lelaki, skuad futsal lelaki negara turut diletakkan dalam kategori gagal selepas menamatkan saingan di tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan dan hanya meraih satu mata.

Sebagai rekod, skuad B-23 tidak ‘berehat’ selepas berakhirnya temasya dwitahunan di Hanoi itu kerana mereka perlu mengharungi satu lagi tugasan iaitu Piala Asia B-23 di Uzbekistan, bulan depan.





Mereka akan berlepas ke Tashkent, Ahad ini sebelum memulakan kempen Kumpulan C berdepan juara bertahan, Republik Korea pada 2 Jun, Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun).

Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia B-23

FAM anggap Harimau Muda tak gagal


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker