IBU MAHU WAK DOYOK KAHWIN ANAK DARA, TAK NAK JANDA

IBU MAHU WAK DOYOK KAHWIN ANAK DARA, TAK NAK JANDA

“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!” tutur ibu kepada pelakon dan usahawan Wak Doyok menerusi video pendek di TikTok @majalahnona, yang berkongsi serba sedikit bakal isteri anaknya yang diimpikan menjadi menantunya.

Usia sudah mencecah 42 tahun dan masih solo, sebelum ini Wak Doyok berkata dia mempunyai alasan sendiri tidak terburu-buru mencari pasangan. Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata dia kini bahagia bersama ibu tercinta dan belum dikurniakan rezeki untuk berkahwin lagi.

Dalam temubual tersebut, ibunya berharap agar Wak Doyok bertemu jodoh dengan anak dara dan menolak wanita berstatus janda. Ketawa mendengar jawapan ibunya itu, Wak berkata tiada siapa tahu mengenai soal jodoh kerana itu adalah rahsia Allah.





“Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu,” kata Wak yang sebelum ini berkata dia mahukan bakal isteri yang bersedia untuk tinggal bersama mentua.

Wak juga mendedahkan dia pernah dijodohkan dengan seorang cikgu namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja hasrat untuk berkahwin terpaksa dilupakan.

 





WAK DOYOK JUAL SUSHI PULA

IBU MAHU WAK DOYOK KAHWIN ANAK DARA, TAK NAK JANDA


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker