Kanak-kanak tiga tahun hilang ketika majlis hari raya

Kanak-kanak tiga tahun hilang ketika majlis hari raya
KUANTAN: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya, Muhammad Sukri Ali, 50 pada 11.15 malam.
Siti Nur Athhiyya Soffea adalah anak tunggal dan memakai baju kurung merah di majlis itu.
“Berdasarkan laporan, kejadian itu disedari bapa mangsa, yang juga pengusaha rumah rakit berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 3.23 pagi.
“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan,” katanya.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan sejak awal pagi kerana ada kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai.
Kanak-kanak tiga tahun hilang ketika majlis hari raya
Lawati Laman :
- PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak
- Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.