Kasma laung amaran

Kasma laung amaran
Aksi Kasma ketika sesi latihan terakhir Pusingan 2 Kejuaraan ARRC di Sepang.

Kasma laung amaran

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin merakam masa terpantas dalam sesi latihan terakhir Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Beraksi dalam kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000), pelumba YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN mencatat masa 2 minit 07:737 saat (s), mengatasi Md Zaqhwan Zaidi yang sebelum itu mengungguli saingan dalam dua sesi latihan pertama.

“Saya tidak bernasib baik ketika berlumba di Buriram apabila berdepan beberapa isu mekanikal. Malah, hari ini pun dalam sesi latihan pertama dan kedua saya berdepan cabaran tetapi pasukan berjaya mengenal pasti dan menyelesaikan isu yang timbul.

“Ia jelas membantu prestasi saya untuk mencatat masa yang lebih baik dalam sesi latihan terakhir,” katanya.





Zaqhwan yang beraksi bersama Honda Asia-Dream Racing with SHOWA mencatat masa kedua terpantas 2:07:759s manakala pelumba Jepun, Yuki Ito ketiga dengan catatan 2:07:848s.

Sementara itu, dalam saingan SuperSports 600cc (SS600), Md Helmi Azman dari Boon Siew HONDA Racing Team muncul pelumba terpantas dalam sesi latihan terakhir.

Dia yang dua kali menaiki podium ketika Pusingan 1 mengatasi rakan sepasukan, Khairul Idham Pawi dengan catatan 2:10:629s.

“Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri mengenai persaingan dalam kategori ini apabila berlumba dengan beberapa nama besar. Saya perlu beri 100 peratus bagi memastikan prestasi saya lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Khairul Idham terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila mencatat masa 2:10:696s manakala Andi Farid Izdihar dari ASTRA HONDA Racing Team ketiga 2:10:714s.





Keputusan

Sesi latihan ketiga ARRC

Kategori ASB1000

1. Kasma Daniel Kasmayudin, YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN, 2:07:737s

2. Md Zaqhwan Zaidi, Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, 2:07:759s





3. Yuki Ito, YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN, 2:07:848s

4. Apiwath Wongthananon, YAMAHA Thailand Racing Team, 2:08:117s

5. Adam Noroddin, ONEXOX BMW TKKR Team, 2:08:466s

Kategori SS600

1. Md Helmi Azman, Boon Siew HONDA Racing Team, 2:10:629s





2. Khairul Idham Pawi, Boon Siew HONDA Racing Team, 2:10:696s

3. Andi Farid Izdihar, ASTRA HONDA Racing Team, 2:10:714s

4. Md Ibrahim Md Norrodin, SIC Racing, 2:11:012s

5. Azroy Hakeem Anuar, Boon Siew HONDA Racing Team, 2:11:019s

Kategori AP250





1. Andy Muhammad Fadly, Motul Sniper Manual Tech Racing Team, 2:26:929s

2. Aiki Iyoshi, Motul Sniper Manual Tech Racing Team, 2:27:386s

3. Rheza Danica, ASTRA HONDA Racing Team, 2:27:806s

4. Aldi Satya Mahendra, YAMAHA Racing Indonesia, 2:27:831s

5. Md Adenanta Putra, ASTRA HONDA Racing Team, 2:27:976s

Kelayakan UB150

1. Md Izzat Zaidi Md Salehan, Pitsbike JRT OneWay, 2:33:382s

2. Ahmad Fazli Sham, ONEXOX TKKR Racing Team, 2:33:398s

3. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR Racing Team, 2:33:722s

4. Md Aiman Tahiruddin, Cardinals Racing Team Malaysia, 2:34:774

5. Wahyu Aji Trilaksana, ONEXOX TKKR Racing Team, 2:34:942s

Beregu negara cemerlang menang emas Sukan Deaflympic Brazil

Kasma laung amaran


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker