‘Kira-kira 10 maut’ dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera tengah Ukraine

'Kira-kira 10 maut' dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera tengah Ukraine
Dnipro pada awalnya menjadi hab untuk pelarian Ukraine yang melarikan diri dari pertempuran. – Foto AGENSI

‘Kira-kira 10 maut’ dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera tengah Ukraine

KYIV: Serangan Russia ke atas kemudahan tentera di bandar Dnipro, tengah Ukraine menyebabkan hampir 12 orang maut dan mencederakan lebih 30 yang lain, hari ini.

Menurut ketua wilayah pengawal negara, Gennady Korban, berkata sebuah pusat latihan pengawal negara telah terkena peluru berpandu Iskander pagi ini.

“Kira-kira 10 orang mati dan hampir 35 orang telah cedera,” katanya kepada media tempatan Ukraine.

Dnipro di tengah Ukraine terlepas daripada kerosakan yang ditimbulkan oleh tentera Russia dalam lebih tiga bulan pertempuran, dan bandar itu pada awalnya menjadi hab bagi pelarian Ukraine yang melarikan diri dari pertempuran lebih jauh ke timur.





Gabenor wilayah itu, Valentin Reznitchenko, berkata serangan hari ini menyebabkan kemusnahan serius dan pekerja penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang rosak.

Serangan itu berlaku selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata awal minggu ini seramai 87 orang terbunuh dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera Ukraine di utara ibu kota Kyiv pada 17 Mei lalu. – AFP

Pangkalan Pakistan diserang, seorang askar, 4 penyerang maut

 





‘Kira-kira 10 maut’ dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera tengah Ukraine


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker