Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
Seperti yang dijadualkan, petang semalam, Jumaat 27 Mei 2022 pada pukul 3.00 petang, satu Mesyuarat Khas Bar Concil akan diadakan.
Antara agenda penting yang akan dibincangkan adalah untuk menganjurkan program berjalan untuk keadilan.
Ianya dibuat atas dasar kononnya untuk pertahankan badan kehakiman kekal sebagai badan yang berkecuali tanpa sebarang tekanan dari mana-mana pihak.
Kita semua tahu, Bar Council adalah antara yang cukup lantang membantah siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.
Hakim Nazlan disiasat kerana mempunyai duit yang lebih dari RM1 juta dan tidak diketahui sumbernya ketika menjadi Pengarah Penasihat Undang-Undang Maybank.
Menurut pekeliling yang dikeluarkan sendiri oleh Bar Council, kehadiran minima ahli Bar Council mestilah sekurang-kurangnya 500 orang.
Sekiranya kehadiran sehingga pukul 4.00 petang didapati kurang dari 500 orang, maka mesyuarat khas tersebut akan dibatalkan.
Kami mendapat maklumat, sehingga pukul 2.55 petang, kira-kira 5 minit sebelum mesyuarat dijadualkan bermula, tidak sampai 50 orang yang hadir.
Edisi Siasat tidak pasti sama ada mesyuarat tersebut diteruskan juga atau tidak.
Namun, Malaysiakini melapurkan seramai 437 orang peguam mengundi untuk mengadakan program yang dirancang.
Dan seramai 163 yang hadir sebagai pemerhati juga bersetuju.
Apakah 163 yang hadir sebagai pemerhati boleh dianggap sebagai korum yang hadir?
Sekiranya diteruskan tanpa korum yang cukup, ianya bertentangan dengan Seksyen 65 (4A) dan Seksyen 65 (4B) Akta Profesion Undang Undang 1976.
Pada tahun 2012, Bar Council pernah disaman oleh ahlinya sendiri kerana membuat resolusi dalam AGM yang tidak cukup korum.
Persoalan yang lebih menarik adalah, apakah Bar Council kini sudah tidak lagi diyakini oleh peguam-peguam di Malaysia?
Atau peguam-peguam di Malaysia merasakan mesyuarat khas pada kali ini adalah tidak relevan dengan kebebasan badan kehakiman dan hanya berasaskan politik?
Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti