Peluang Malaysia jadi tuan rumah Piala Asia

Peluang Malaysia jadi tuan rumah Piala Asia
China menarik diri menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.

Peluang Malaysia jadi tuan rumah Piala Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang membawa Piala Asia 2023 ke negara ini susulan keputusan China yang menarik diri daripada menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun depan akibat peningkatan kes COVID-19.

Ini kerana sekalipun Malaysia sudah menjadi tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung bulan depan, itu tidak bermakna Malaysia tidak boleh menjadi tuan rumah bagi saingan elit Asia berkenaan.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John menjelaskan peluang untuk menganjurkan Piala Asia 2023 terbuka kepada semua 47 ahli gabungan sekiranya mereka berminat menggantikan China.

Windsor menyatakan ketika ini dokumentasi sedang dimuktamadkan sebelum ia dihantar kepada ahli gabungan dan menanti bidaan dari negara yang berminat menjadi tuan rumah.





 

“Tarikh akhirnya adalah penghujung Jun. Kita akan membuat penilaian dan pemeriksaan, meneliti dokumen sebelum diserahkan kepada ahli jawatankuasa eksekutif bagi mendapatkan keputusan.

“Siapa sahaja boleh jadi (tuan rumah). Kita harap banyak negara berminat selepas mereka melihat garis panduan dalam dokumen yang diberikan itu nanti. Lebih banyak negara, lebih bagus,” kata Windsor.

Windsor bagaimanapun menjelaskan perkara paling utama dalam penentuan tuan rumah adalah jaminan daripada pihak kerajaan bagi memastikan Piala Asia dapat berlangsung secara terbuka tanpa sebarang sekatan seperti sebelum COVID-19 melanda.

“Piala Dunia pun dianjurkan secara terbuka di Asia pada tahun ini, jadi tidak logik kalau Piala Asia pada tahun depan berlangsung dengan pelbagai sekatan. Kita mahukan pendekatan yang sama bagi kedua-dua kejohanan.





“Itulah jaminan paling penting yang kita mahukan. Kita mahu mereka penuhi jaminan penganjuran tanpa sekatan contohnya tiada ujian dan sebagainya, sama seperti sebelum COVID-19,” katanya.

Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027

Peluang Malaysia jadi tuan rumah Piala Asia


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker