RAJA AZMI AKUI TANGGUNG SUAMI SEJAK LEBIH DUA TAHUN LALU

 "HIDUP BERTOLAK ANSUR... KETIKA DIA SUSAH, SAYA TOLONG"

RAJA AZMI AKUI TANGGUNG SUAMI SEJAK LEBIH DUA TAHUN LALU

RAJA AZMI AKUI TANGGUNG SUAMI SEJAK LEBIH DUA TAHUN LALU

“Suami menjaga bapanya sakit. Tidak lama selepas itu bapanya meninggal dunia. Itu percaturan Allah SWT buat dirinya. Dia kini merencana perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya bakal kembali beroperasi Jun ini.

“Dia adalah pemuzik di kelab yang semuanya ditutup sepanjang tempoh sekatan sebelum ini. Jadi, buat masa ini tugasnya adalah menemani saya ke mana-mana majlis atau acara.

“Suami isteri seharusnya hidup bertolak ansur. Ketika dia susah, saya tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang menanggung saya,” demikianlah kata penerbit filem dan pelakon, Raja Azmi, 62, yang mengaku dia menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali, 53, sejak dua tahun lalu.





Untuk makluman, pasangan ini berkahwin pada 13 Oktober 2013, namun bercerai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rujuk kembali dua tahun selepas itu.

Jelas Raja Azmi, sumber pendapatan suaminya yang juga bekas pemain bass kumpulan CRK, terjejas berikutan penularan Covid-19 sejak lebih dua tahun lalu.

Melayari kehidupan berumah tangga pada usia yang semakin meningkat, Raja Azmi atau lebih mesra dengan sapaan Kak Mi menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan bertanggungjawab.

“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik. Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” tuturnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya, Raja Azmi berkata filem seram terbitannya, ‘Jerangkung Dalam Almari’ bakal ditayangkan Ogos ini.





“Syarikat saya baru menyiapkan filem arahan Shadan Hashim itu. Antara pelakonnya ialah Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah dan Wan Hanafi Su,” ujarnya.

IQBAL BERHASRAT AMBIL ANAK ANGKAT

RAJA AZMI AKUI TANGGUNG SUAMI SEJAK LEBIH DUA TAHUN LALU

 


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker