SARAH HILDEBRAND NEKAD BERHIJRAH KE LUAR NEGARA, KESAL DIPANGGIL PEREMPUAN SUND*L

"I'M NEVER COMING BACK TO MALAYSIA"

SARAH HILDEBRAND NEKAD BERHIJRAH KE LUAR NEGARA, KESAL DIPANGGIL PEREMPUAN SUND*L

“Dah nampak macam perempuan sund*l… Tu lah kahwin dengan lelaki warga asing jadi macam tu lah,” itulah komen seorang netizen yang diterima pelakon Sarah Hildebrand.

Sarah memuat naik komen netizen tersebut yang memanggilnya ‘perempuan sund*l’ kerana berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen baru-baru ini menerusi Insta Story miliknya.

“These are words said to a muslim from another muslim. Such a wonderful representation of muslim. One reason why I left and why I’m never coming back to Malaysia. Good riddance,” kata Sarah.





Pada April lalu, Sarah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon. Bagaimanapun, Sarah tetap lagi menjadi perhatian ramai terutama netizen yang tidak berhenti memberikan komen hinaan kepadanya.

 

Menerusi entri itu, Sarah juga nekad untuk meninggalkan Malaysia untuk memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat dan tidak akan kembali lagi. Malah, Sarah turut meluahkan rasa kesal apabila komen tersebut adalah daripada seorang yang beragama Islam.





Dalam satu entri di Instagram, Sarah berkata dia merasakan sangat bertuah kerana diberi peluang untuk berhijrah untuk memulakan kehidupan baru. Sarah juga berharap suatu hari nanti mentaliti rakyat akan berubah serta berharap Malaysia akan menjadi sebuah negara lebih sihat.

Terdahulu, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung pada Oktober 2020 selepas setahun mendirikan rumah tangga.

 

SARAH HILDEBRAND : APA YANG LUCU, DI BULAN RAMADAN





SARAH HILDEBRAND NEKAD BERHIJRAH KE LUAR NEGARA, KESAL DIPANGGIL PEREMPUAN SUND*L

 


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker