Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Pasca PRU 14, 16 orang Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket BN/UMNO melompat ke PPBM.
Ketika itu pemimpin PPBM tersenyum lebar kerana merasakan pengaruh PPBM semakin kuat dan mampu membenamkan UMNO.
Maka keluarlah pelbagai kenyataan yang menghina dan memperkecilkan UMNO.
Kemudian, dalam Langkah Sheraton, 11 Ahli PKR pula melompat ke parti PPBM.
Ini menambahkan lagi kesombongan PPBM dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi.
Tidak cukup dengan itu, kerjasama politik antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional pula dirobek oleh PPBM.
Terlena dengan tawaran jawatan dan kekayaan, akhirnya PAS meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional.
PPBM menjadi semakin sombong, mulut pemimpin mereka menjadi semakin celupar memperlekehkan UMNO.
Selepas Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin Md Yasin tumbang, PPBM mula kelihatan hilang halatuju.
Luka PPBM yang baharu kehilangan kuasa menjadi semakin parah apabila tewas teruk di 2 pilihanraya negeri.
Kini ibarat menyiramkan garam ke luka, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula mengisytiharkan keluar dari PPBM.
PPBM mula merasakan kesakitan dikhianati sebagaimana yang pernah mereka lakukan ke atas UMNO.
Zuraida cuma seorang ahli parlimen.
Baru kehilangan Zuraida seorang telah membuatkan pemimpin PPBM kelam kabut ayam.
PPBM jangan lupa, selain dari Zuraida, masih ada 10 orang lagi bekas Ahli Parlimen dari PKR sedang menunggu masa untuk melakukan perkara yang sama.
Kita tidak dapat bayangkan, bagaimana keadaan pemimpin PPBM apabila kesemua 10 orang bekas Ahli Parlimen PKR keluar PPBM nanti.
Seperti kata orang Jawa, what goes around comes around.
Musim katak melompat masuk ke PPBM sudah tamat dan sekarang adalah musim katak melompat keluar dari PPBM.
Jadi, bertabahlah yer…😉😉😉
Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Lawati Laman :
- Dakwaan Ramkarpal Singh Rakaman Audio 2016 Mencemarkan Imej SPRM Tidak Berasas
- Kenapa Veteran ATM Di Layan Dengan Sebegitu Buruk!!!
- Sudah Sampai Masanya Di Adakan Debat Terbuka Calon PM Dari Setiap Parti