Tentera Ukraine mungkin berundur dari wilayah timur

Tentera Ukraine mungkin berundur dari wilayah timur
KYIV: Tentera Ukraine mungkin terpaksa berundur dari kubu pertahanan di Lugansk bagi mengelak daripada ditawan oleh pasukan Russia yang sedang mara dengan pantas di timur dan mula menukar momentum.
Pengunduran itu boleh membawa Presiden Russia, Vladimir Putin, lebih dekat kepada matlamatnya untuk menawan sepenuhnya wilayah Lugansk dan Donetsk.
Tenteranya kini berjaya bertapak di dua kawasan yang secara bersama dikenali sebagai Donbas, sementara terus membedil bandar-bandar menjadi padang jarak.
Gabenor Lugansk, Serhiy Gaidai, berkata tentera Russia memasuki Sievierodonetsk, bandar terbesar di Donbas yang dipegang Ukraine, selepas cuba memerangkap pasukan itu di sana selama berhari-hari.
Gaidai berkata 90 peratus bangunan di bandar itu sudah dimusnahkan.
“Tentera Russia tidak akan dapat menawan wilayah Lugansk dalam beberapa hari ini seperti yang diramal penganalisis.
“Kami mempunyai kekuatan dan sumber mencukupi untuk mempertahankan diri sendiri. Bagaimanapun, ada kemungkinan untuk mengelakkan daripada ditangkap, kami terpaksa berundur,” katanya.
Proxi pemisah Moscow, berkata mereka kini mengawal Lyman, hub kereta api di barat Sievierodonetsk.
Ukraine berkata Russia sudah menawan hampir keseluruhan Lyman, namun pihaknya menghalang kemaraan mereka ke Sloviansk.
Penasihat Presiden Ukraine, Oleskiy Arestovych, berkata serangan tersusun kini ditunjukkan oleh tentera Moscow, yang dihalau dari ibu negara Kyiv pada Mac lalu, dengan memperbaiki taktik dan operasi mereka.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, berkata tindakan Russia itu akan memberi kesan besar kepada Putin dan tenteranya yang sedang mara di Donbas
Pegawai Kesatuan Eropah (EU) berkata satu perjanjian akan dicapai esok untuk mengharamkan penghantaran minyak Russia melalui laut, yang menyumbang kira-kira 75 peratus bekalan blok itu.
Bagaimanapun, sekatan itu tidak dibuat bagi penghantaran menerusi saluran paip, tolak ansur bagi menjaga hati Hungary, dengan membuka sekatan baharu.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, mengkritik EU kerana bimbang mengenai pengharaman tenaga Russia dengan mengatakan blok itu membiayai usaha perang Moscow dan penangguhan bermakna lebih ramai rakyat Ukraine terbunuh.
Dalam panggilan telefon kepada Canselor Austria, Karl Nehammer, Putin berpegang pada kata-katanya bahawa krisis makanan global yang disebabkan oleh konflik itu boleh diselesaikan sekiranya Barat menarik balik sekatan. – REUTERS
Wilayah pemberontak Ukraine mungkin buat undian sertai Russia
Tentera Ukraine mungkin berundur dari wilayah timur
Lawati Laman :
- PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak
- Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.