Terkilan tak dapat selamatkan rakan baik

Menurut Muhammad Yazid, mereka berlima mandi di kawasan kolam terbiar itu namun hanya mangsa menaiki tong polisterin yang dijadikan pelampung kerana tidak tahu berenang.
“Muhammad Hadwan kelihatan seronok ketika itu kerana dapat naik tong polisterin itu sambil melihat kami mandi. Mulanya paras air cetek namun tidak lama selepas itu tong polisterin itu dimasuki air dan dia tenggelam ke dasar kolam yang dalam.
“Saya dan rakan lain terkilan kerana tidak dapat menyelamatkannya dan saya pulang ke rumah untuk memberitahu perkara itu kepada bapanya sebelum bergegas ke sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.
Katanya, dia dan arwah berkawan baik sejak lapan tahun lalu malah tinggal di tempat sama iaitu di Flat Seri Gemilang, di sini walaupun berlainan sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika ditemui di lokasi pencarian berkata, kawasan kolam terbiar itu tidak berpagar dan dipercayai menjadi tempat orang memancing serta mandi walaupun terdapat papan tanda amaran dilarang mandi.
Beliau berkata, mangsa dipercayai menaiki tong polisterin itu yang dijadikan pelampung sebelum terjatuh ke dalam kolam dan lemas.
“Jasad mangsa yang ditemui jam 10.49 malam tadi oleh pasukan bomba dan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Hamizi Wan Mohd Zin berkata, jasad mangsa ditemui lima meter dari tebing kolam tadahan itu yang mempunyai kedalaman kira-kira empat meter.
Beliau berkata, mangsa ditemui hampir empat jam selepas operasi pencarian dilakukan bermula jam 6 petang sebaik pasukannya tiba di lokasi.
Suasana di lokasi kejadian bertambah pilu apabila bapa mangsa, Abdul Hadi Md Desa, 45, gagal menahan sebak sejurus jasad anak tunggalnya itu dibawa naik ke tebing kolam.
Mangsa dipercayai tinggal bersama bapanya di flat berkenaan selepas ibu bapanya berpisah.
Terkilan tak dapat selamatkan rakan baik
Lawati Laman :
- PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak
- Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.