Wanita maut, suami cedera kereta dinaiki rempuh treler

Wanita maut, suami cedera kereta dinaiki rempuh treler
Keadaan Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 36.2 Lebuhraya Karak arah Timur, dekat Gombak, hari ini. – Foto ihsan polis

Wanita maut, suami cedera kereta dinaiki rempuh treler

GOMBAK: Seorang wanita warga Indonesia maut, manakala suaminya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 36.2 Lebuhraya Karak arah Timur, dekat sini, hari ini.

Mangsa, Suliami Riski Amalia, 47, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan mendapati Perodua Myvi dinaiki suami isteri itu merempuh bahagian belakang treler ketika masing-masing bergerak dari arah Gombak menuju Bentong.

“Suliami yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.





“Sementara suaminya, 62, yang memandu kereta terbabit cedera pada kaki dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

Wanita maut, suami cedera kereta dinaiki rempuh treler


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker