‘Xinjiang Police File’ serlah penindasan etnik Uighur di China

'Xinjiang Police File' serlah penindasan etnik Uighur di China
Wanita etnik Uighur memegang sepanduk tertera kenyataan ‘Pembunuhan beramai-ramai tidak boleh ditutup, tidak boleh dipadam daripada sejarah’, ketika protes terhadap kekejaman China di Istanbul, Turki. – Foto REUTERS

‘Xinjiang Police File’ serlah penindasan etnik Uighur di China

WASHINGTON: Ribuan gambar kem tahanan etnik Uighur di Xinjiang, China tersebar baru-baru ini selepas penggodam berjaya memasuki pangkalan data polis di Xinjiang.

Fail itu, yang dinamakan ‘Xinjiang Police File’ diperoleh penggodam daripada pangkalan data polis di Xinjiang, yang kemudian diserahkan kepada penyelidik dan aktivis termasuk Dr Adrian Zenz di Amerika Syarikat (AS).

Terdapat banyak bukti ditemui dalam fail itu seperti dokumen, gambar, termasuk ucapan pegawai yang bertanggungjawab mewujudkan ‘kem pendidikan semula’ yang didakwa adalah pusat latihan vokasional.

Etnik Uighur di Xinjiang juga mencatatkan kadar pemenjaraan tertinggi dunia, malah lebih mengejutkan, fail itu juga mengandungi gambar lebih 2,800 tahanan dengan 15 daripadanya adalah kanak-kanak bawah umur.





“Fail ini, kerana ia diperoleh secara langsung dengan menggodam komputer dan pangkalan data polis di Xinjiang, buat pertama kali memberi kami maklumat secara langsung berhubung operasi polis di kem pendidikan semula itu.

“Ia termasuk imej yang diambil semasa latihan polis, latihan keselamatan di kem ini, ucapan diberikan Chen Quanguo (Ketua Parti Komunis di Xinjiang) dan pegawai lain.

“Mereka bercakap secara langsung mengenai sikap dan ancaman yang mereka lihat daripada etnik Uighur serta kenapa mereka perlu ditangkap selain bagaimana kem itu perlu dipertahankan,” kata Zenz dalam video yang mendedahkan fail berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pemimpin dunia perlu secara langsung memberi tekanan kepada kepimpinan China, termasuk Presidennya, Xi Jinping.

Zenz mendakwa, Xi sendiri dan kerajaan memantau dengan teliti apa yang berlaku di Xinjiang malah mereka tahu butiran tahanan serta fakta bahawa kem itu semakin sesak.





“Bukti baharu secara jelas menunjukkan pendidikan semula atau apa yang dipanggil ‘latihan vokasional’ di Xinjiang tidak ada kaitan dengan pembasmian kemiskinan atau membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan.

“Ia hanya mengenai ‘brain wash’ atau penukaran minda yang kejam, etnik Uighur ini umpama dipenjarakan, dalam kem yang dikawal oleh polis bersenjata lengkap.

“Kami mempunyai bukti, di menara pengawal mereka menggunakan mesingan gred tentera dan senapang penembak tepat serta sangat jelas bahawa ini adalah kempen mengubah pemikiran rakyat, bukannya transformasi melalui pendidikan,” katanya.

Justeru, Zenz berpendapat terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil pemimpin dunia bagi menangani isu berkenaan berdasarkan bukti baharu itu.

Tambah beliau, Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), Michelle Bachelet, yang kini dalam rangka lawatan ke wilayah pinggir barat China di mana Beijing dituduh memenjarakan lebih sejuta etnik Uighur, harus mengambil perhatian. – AGENSI





China sekat pegawai AS ke Xinjiang

‘Xinjiang Police File’ serlah penindasan etnik Uighur di China


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker