Zuraida masih menteri Kabinet

Zuraida masih menteri Kabinet
Sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum mengakhiri lawatan kerja rasmi ke Jepun, di Tokyo, pagi tadi.

Zuraida masih menteri Kabinet

TOKYO: Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan kedudukannya akan ditentukan selepas mereka mengadakan pertemuan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri menjelaskan kedudukan Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada sidang media sebelum mengakhiri lawatan kerja rasmi ke Jepun, di sini, pagi ini.

Beliau berkata, Zuraida perlu menjalankan tugas sebagai menteri seperti biasa dan boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet akan diputuskan selepas mereka bertemu kelak.

“Saya tak pecat, dia masih menteri Kabinet sehingga mesyuarat (Kabinet) Rabu ini,.





“Tunggu saya balik, saya panggil dia bincang. Kemudian baru saya boleh buat keputusan,” katanya.

Khamis lalu, Zuraida dalam kenyataan mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar BERSATU untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ini menjadikan Zuraida sudah dua kali bertukar parti selepas ‘Langkah Sheraton’ apabila sebelum ini bertindak keluar PKR dan menyertai BERSATU dan kini keluar BERSATU untuk sertai PBM.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Zuraida masih menteri Kabinet
Zuraida Kamaruddin. – Foto fail Reuters

Beliau turut menyatakan akan berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan dalam Kabinet.





Sebelum ini, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menjelaskan peletakan jawatan itu, Zuraida berkata, beliau akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri walaupun kini menyertai PBM. Ini kerana sokongan kepada kerajaan sekarang adalah selari dengan pendirian PBM.

“Saya sudah membuat pertimbangan yang mendalam untuk menyertai PBM dan mempercayai dengan perjuangan parti itu serta tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara.

“Insya-Allah, penyertaan serta pengalaman saya ke PBM nanti akan dapat membantu mengangkat parti ini ke peringkat yang lebih tinggi terutama menjelang pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.





Zuraida masih menteri Kabinet
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Zuraida, beliau sudah berkecimpung dalam politik selama 24 tahun, termasuk 14 tahun terakhir ini sebagai Ahli Parlimen Ampang.

“Sepanjang pembabitan dalam politik, saya amat bersyukur kerana dapat menyumbang kepada kebajikan rakyat khususnya pengundi di Ampang dan di kedua-dua kementerian yang saya telah diberikan amanah untuk berkhidmat,” katanya.

We knew Zuraida was involved in PBM, says Muhyiddin

Zuraida masih menteri Kabinet


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker