26 orang hilang selepas feri karam di Indonesia

26 orang hilang selepas feri karam di Indonesia
Pasukan penyelamat berada di laut mencari mangsa yang terselamat. – Foto AGENSI

26 orang hilang selepas feri karam di Indonesia

JAKARTA: Dua puluh enam orang dilaporkan hilang hari ini selepas sebuah feri kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk di luar pantai Indonesia, kata pegawai.

Agensi mencari dan menyelamat negara itu berkata, kapal itu membawa 43 orang ketika ia terbalik Khamis lalu di Selat Makassar, laut yang memisahkan pulau Sulawesi dan Borneo.

Berita mengenai kemalangan itu hanya sampai kepada pegawai hari ini, ketua mencari dan menyelamat tempatan Djuanidi, memberitahu AFP.

“Tujuh belas orang telah diselamatkan hidup-hidup oleh dua bot tunda yang sedang melaluinya. Kami telah mengerahkan pasukan penyelamat untuk mencari mangsa yang hilang,” katanya.





Sekumpulan 40 penyelamat berada di laut mencari mangsa yang terselamat, tambah Djuanidi.

Kemalangan marin adalah perkara biasa di Indonesia, sebuah kepulauan Asia Tenggara dengan sekitar 17,000 pulau di mana piawaian keselamatan sering longgar.

Minggu lalu sebuah feri yang membawa lebih 800 orang terkandas di perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara Timur dan terperangkap selama dua hari sebelum berjaya dibebaskan.

Tiada siapa yang cedera.

Pada 2018 lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik paling dalam di dunia di pulau Sumatera. – AFP





Pasar raya kehabisan barang

26 orang hilang selepas feri karam di Indonesia


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker