296 individu rugi RM4 juta ditipu ‘Datin Ida’

296 individu rugi RM4 juta ditipu 'Datin Ida'

296 individu rugi RM4 juta ditipu ‘Datin Ida’

KUALA TERENGGANU: Seramai 296 individu menjadi mangsa penipuan skim pelaburan hari raya membabitkan kerugian hampir RM4 juta.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 22 April lalu apabila mangsa yang juga seorang wanita berusia 31 tahun menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali menceritakan mengenai pelaburan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud, berkata mangsa dijanjikan akan menerima pulangan sebanyak RM55,000 dalam tempoh tiga hari sekiranya membuat pelaburan sebanyak RM30,000.





Beliau berkata, mangsa yang teruja dengan tawaran berkenaan membuat pelaburan sebanyak RM100,0000 sebelum dia bertindak mengiklankan pelaburan berkenaan ke dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya, pulangan lumayan yang dijanjikan menyebabkan seramai 296 mangsa berminat menyertai skim berkenaan dengan nilai pelaburan serendah RM30,000 membabitkan nilai pelaburan keseluruhan hampir RM4 juta.

“Kesemua kutipan itu diserahkan kepada pihak urusan pelaburan yang memperkenalkan diri sebagai Datin Ida dan mangsa yang bekerja sebagai peniaga diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun diberikan suspek.

“Hasil keuntungan pelaburan itu, mangsa diberi bonus sebanyak RM190,000 daripada Datin Ida kerana berjaya mencapai sasaran luar biasa dalam tempoh yang singkat.

“Bagaimanapun, mangsa bersama rakan-rakannya yang lain mula mengesyaki mereka menjadi mangsa penipuan apabila tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.





M Zambri berkata, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal sama ada melalui media sosial atau daripada mana-mana individu yang tidak dikenali.

IQBAL MAHU CARI RUMAH DI JAKARTA HARGA RM4 JUTA

296 individu rugi RM4 juta ditipu ‘Datin Ida’

 






Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker