AINA ABDUL MOHON MAAF GAYA TUDUNG UNDANG SALAH FAHAM

AKAN LEBIH BERHATI-HATI DALAM BERFESYEN

AINA ABDUL MOHON MAAF GAYA TUDUNG UNDANG SALAH FAHAM

AINA ABDUL MOHON MAAF GAYA TUDUNG UNDANG SALAH FAHAM

Penyanyi Aina Abdul sebelum ini menerima teguran daripada netizen berhubung gaya tudungnya yang seakan-akan menyerupai biarawati gereja atau ‘sister’. Aina dalam satu kenyataan berkata dia hanya mahu menghargai gaya itu sebagai satu fesyen. Ujarnya, meskipun dia berpakaian seperti itu bukannya dia memuja sesuatu.

Terkini, Aina yang enggan isu ini berpanjangan tampil memohon maaf kepada semua pihak termasuk para peminatnya yang terkesan dengan penampilannya baru-baru ini.

Menerusi Instagram Story, pelantun lagu ‘Semalam’ itu memberitahu pemakaian hijab yang didakwa seperti rahib itu hasil idea daripada Aina sendiri dan kumpulannya yang berinspirasikan collection Mason Margiela 2022/spring summer.





AINA ABDUL MOHON MAAF GAYA TUDUNG UNDANG SALAH FAHAM

Bagaimanapun, Aina mengaku pemakaian tudung pada hari itu mendatangkan salah faham pelbagai pihak. Dalam masa sama, penyanyi lagu ‘Sepi’ itu berkata dia akan lebih berhati-hati dalam berfesyen pada masa akan datang.

“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 baru-baru ini. Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf.

“Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah Swt.. Lots of love, Aina,” tuturnya.

AINA ABDUL SANGGUP BERHABIS PULUHAN RIBU RINGGIT BELI MIKROFON





AINA ABDUL MOHON MAAF GAYA TUDUNG UNDANG SALAH FAHAM


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker