Aishah minta DFP tunda konsert kerana Anuar, Ziana

Aishah minta DFP tunda konsert kerana Anuar, Ziana
Aishah percaya untuk menyanyi dengan baik, seseorang perlu ada kemampuan untuk memahami jalan cerita dalam dendangan disampaikan. Foto Ihsan Universal Music Malaysia

Aishah minta DFP tunda konsert kerana Anuar, Ziana

PETALING JAYA: Tidak mahu peminat dan media berbelah bahagi andai konsert solonya, Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous diteruskan pada 6 Ogos depan, iaitu tarikh sama dengan Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022, Datuk Aishah rela beralah.

Aishah yang menanti 35 tahun untuk mementaskan konsert solo, tidak kisah jika persembahan yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, ditangguhkan seminggu atau dua minggu selepas konsert dua beradik itu.

Sehubungan itu, Aishah, 57, atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin sudah menyatakan hasrat kepada DFP agar konsertnya ditunda.

“Pertamanya, saya risau konsert kami jatuh pada tarikh sama sebab saya juga mahu pergi tengok konsert Anuar dan Ziana. Kalau hendak cakap soal risau tidak ramai penonton datang, itu saya serah kepada rezeki.





“Cuma saya rasa sayang kalau konsert saya diteruskan kerana kita tidak akan dapat sokongan penuh daripada peminat dan media. Konsert ini kita yang buat, jadi boleh diubahsuai.

“Sebenarnya, DFP mahu mengumumkan tarikh konsert saya, minggu ini. Tetapi saya beritahu mereka, tidakkah kasihan sebab peminat dan media akan berbelah bahagi. Jadi, mungkin DFP kena berbincang balik,” katanya.

Aishah berkata, tiada guna berlaga-laga dalam soal itu dan menyerahkan kepada kebijaksanaan DFP untuk menetapkan tarikh sesuai.


Lawati Laman :

“Saya tidak kisah konsert saya diadakan seminggu atau dua minggu selepas persembahan Anuar dan Ziana, tidaklah pada malam sama,” katanya.

Selain itu, Aishah percaya kelompok peminatnya dan dua beradik itu adalah sama berikutan usia mereka tidak jauh berbeza.





“Kita bukan selalu anjurkan konsert besar begini. Saya tunggu 35 tahun hendak buat konsert ini. Apabila dapat tarikh, pandemik COVID-19 melanda dan terpaksa ditangguhkan dua tahun.

Aishah minta DFP tunda konsert kerana Anuar, Ziana
Aishah tidak mahu peminat dan media berbelah bahagi andai tarikh konsert solonya sama dengan pasangan dua beradik, Anuar dan Ziana. Foto Ihsan Universal Music Malaysia

“Jadi, saya okay kalau konsert saya dianjakkan. Mujur tiket belum dijual lagi. Industri kita bukan besar, jadi kita perlukan sokongan semua pihak, peminat, media dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Aishah diumumkan bakal tampil pada konsert solo dipimpin Ahmad Muriz menerusi persembahan eksklusif, Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous.

Ditemui pada majlis pelancaran single baharu berjudul Ketentuan Takdir di ibu pejabat Universal Music Malaysia di sini, Selasa lalu, Aishah menganggap buah tangan terbaharunya itu berbeza.


​Disyorkan Untuk Anda :


 





Tampil dengan single ciptaan Chevy Amry dengan lirik dihasilkan Datuk Habsah Hassan, Aishah suka merakamkan lagu yang dikatakan di luar jangkaan.

“Lagu Ketentuan Takdir ada kelainan dan karya seperti inilah yang saya cari. Saya mahu lagu yang dirakam tidak mudah diagak.

“Saya suka dengan sentuhan dan susunan lagu ini terutama lirik lagu ini menceritakan keresahan dalam jiwa dan emosi.

“Apabila baca lirik yang ditulis Habsah, bagi saya, ia memberi makna baharu. Saya boleh kaitkan apa yang terjadi melalui lagu itu,” katanya.

Aishah berkata, untuk menyanyi dengan baik, seseorang itu perlu ada kemampuan untuk memahami jalan cerita dalam dendangan disampaikan.





“Apabila sudah dapat lirik, saya setuju untuk teruskan projek single ini. Proses ini berlaku cepat di mana susunan lagu dilakukan Azlan Abu Hassan dan seterusnya kerja rakaman,” katanya.

INI RESPON ZIANA BILA ADIKNYA, ANUAR ZAIN DIDAKWA ‘GAY’ OLEH VIDA

Aishah minta DFP tunda konsert kerana Anuar, Ziana


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker