Chelsea capai persetujuan akhir jual kelab kepada Boehly

Chelsea capai persetujuan akhir jual kelab kepada Boehly
LONDON: Chelsea berkata hari ini bahawa perjanjian terakhir sudah dicapai untuk menjual kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kepada konsortium diketuai pemilik bersama Los Angeles Dodgers, Todd Boehly yang disokong Clearlake Capital.
Pengambilalihan itu dijangka akan dilengkapkan pada Isnin.
Konsortium berkenaan yang menang tawaran untuk memiliki kelab dari London itu awal bulan ini, mendapat kelulusan daripada EPL dan kerajaan British minggu ini untuk meneruskan proses berkenaan.
“Kelab Bolasepak Chelsea mengesahkan bahawa perjanjian akhir sudah dimeterai malam semalam untuk menjual kelab kepada konsortium Todd Boehly/Clearlake,” kata kelab itu dalam satu kenytataan.
“Transaksi dijangka akan dilengkapkan pada Isnin. Kelab akan memberi kenyataan terkini pada ketika itu.”
Pemilik dari Russia, Roman Abramovich mahu menjual kelab itu pada awal Mac berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine ytang digelar Moscow sebagai “operasi ketenteraan khas.” – REUTERS
Chelsea capai persetujuan akhir jual kelab kepada Boehly
Lawati Laman :
- PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak
- Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.