Gaji kayangan ‘kacau’ ekosistem bola sepak negara

Gaji kayangan 'kacau' ekosistem bola sepak negara

Gaji kayangan ‘kacau’ ekosistem bola sepak negara

KUALA LUMPUR: Sejauh manakah dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyatakan tindakan sesetengah pihak meletakkan ‘gaji elit’ boleh meruntuhkan industri bola sepak tempatan?

Ini kerana penetapan gaji pemain tertakluk di bawah bidang kuasa pasukan masing-masing dan mereka berhak untuk meletakkan berapa sahaja tangga gaji yang dirasakan wajar sebagai ‘ganjaran’ atas usaha pemain beraksi bersama mereka.

Ketika diminta mengulas mengenai persoalan berkenaan, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan ‘gaji kayangan’ itu membuatkan ekosistem bola sepak negara tidak sihat apabila memberi impak kepada skuad kebangsaan.





“Apabila menerima gaji yang terlampau tinggi, timbul persoalan mengenai jatidiri mereka dari segi perkhidmatan di mana di peringkat kelab, mereka beraksi sehabis mungkin kerana majikan yang membayar gaji tetapi tidak memberikan hasil yang sama ketika bersama pasukan kebangsaan.

“Kalau ia membantu kemajuan skuad kebangsaan, tidak ada masalah untuk pemain bergaji RM80,000 atau RM90,000 tetapi ini dikhuatiri mewujudkan kelas sosial yang berbeza dalam skuad kebangsaan sehingga ada pemain yang rasa perlu diberi layanan istimewa.

“Kita pun sering mendengar pasukan yang terpaksa ditutup, jadi ini menunjukkan industri bola sepak kita tidak berkembang apabila pelaburan yang dibuat tidak setanding dengan hasil yang patut diperoleh,” kata Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam.

Namun, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berpandangan sebaliknya apabila masalah sebenar bukan terletak pada penetapan gaji yang tinggi tetapi adalah kerana kegagalan pasukan melunaskan pembayaran gaji kepada pemain.

Khalid menegaskan senario pasukan gagal membayar gaji yang merosakkan industri bola sepak tempatan apabila ‘perangai’ pasukan yang gemar berbelanja tanpa mengikut kemampuan kewangan mereka.





“Saya rasa perkara ini banyak kali dibincangkan di mana kalau kita tiada bajet, kita ambil pemain yang menepati bajet kita. Sekarang semua pasukan nak lawan peringkat tinggi, pasukan yang ada bajet sampai RM30 juta, RM40 juta.

“Kita janjikan pemain dengan bajet RM20 juta tetapi kita hanya ada RM11 juta. Inilah maksud saya merosakkan bola sepak kerana kita tak dapat lagi RM9 juta dalam masa diperuntukkan, jadi ini menyebabkan tunggakan gaji pemain.

“Kita harapkan boleh dapat baki bajet itu dalam tiga ke empat bulan daripada penaja. Gaji besar bukan satu masalah kalau pasukan itu ada bajet yang besar jadi terpulang kepada mereka (untuk beri gaji).

“Kalau tak mampu, fokus pada pembangunan kerana ini dapat mengurangkan kos. Bukan setakat ambil pemain, tawarkan gaji yang tinggi tetapi selepas itu tidak mampu bayar,” katanya.

PU RIZ KATA TIADA ISTILAH KAYANGAN





Gaji kayangan ‘kacau’ ekosistem bola sepak negara


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker