Kilang tilam di Seremban terbakar

Kilang tilam di Seremban terbakar

Kilang tilam di Seremban terbakar

SEREMBAN: Sebuah kilang tilam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Jelebu, di sini, petang tadi, dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak beratus meter.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, PKPgB Mohd Hidayat Basly, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.45 petang.

“Kebakaran membabitkan kilang berkeluasan 200 x 100 kaki persegi dan status sama ada terdapat mangsa terbabit atau tidak belum diketahui setakat ini.





“Ketika ini kerja pemadaman kebakaran sedang dijalankan dengan bantuan balai bomba dan penyelamat (BBP) termasuk BBP Ampangan, Senawang dan Seremban 2 selain Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat),” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Zamhuri Zainnordin, berkata seorang anggota mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan tangan ketika operasi memadamkan kebakaran berkenaan.

Beliau berkata anggota terbabit telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

“Cedera sikit sahaja, tidak kritikal, hanya terkena bahang ketika operasi api tiba-tiba tersebar… setakat ini juga tiada mangsa lain terlibat dalam kebakaran berkenaan selain pekerja kilang juga sempat menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Tinjauan Bernama setakat 9.30 malam ini mendapati kebakaran sudah dikawal namun pihak bomba masih melakukan kerja-kerja pemantauan.





UMNO Jelebu jadi bapa angkat DUN Machap, Layang-Layang

Kilang tilam di Seremban terbakar


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker