Lautan merah takluk Paris

Lautan merah takluk Paris
Penyokong Liverpool bersorak untuk pasukan mereka ketika berkumpul dekat Menara Eiffel menjelang pertemuan dengan Real Madrid di Paris. – EPA

Lautan merah takluk Paris

PARIS: Lebih 60,000 penyokong Liverpool, sebahagian besar tanpa tiket bersesak sekitar Paris hari ini yang menukar kafe dan tempat tumpuan menjadi merah dengan warna pasukan mereka menjelang aksi final Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid.

Dengan setiap kelab diberikan hanya 20,000 tempat buat penyokong mereka di Stade de France, puluhan ribu lagi penyokong hadir tanpa tiket.

Penyokong Liverpool yang memakai baju merah tanpa tiket memenuhi kawasan penyokong di bahagian timur bandar berkenaan ketika perlawanan akan disiarkan di skrin gergasi.

Mereka melompat dan bersorak: “Allez, Allez, kami sudah menakluk Eropah, dari Paris ke Turki.”





Mereka disambut dengan kehadiran legenda kelab, Kenny Dalglish, yang menjaringkan gol kemenangan pada final 1978.

“Cara yang paling menakjubkan untuk menamatkan musim, menjulang Piala Eropah,” kata Dalglish kepada penyokong yang memenuhi tiga barisan di kawasan terbabit.

Ramai penyokong sudah tiba di Perancis sejak Khamis lalu. – AFP

Penyokong United mula kecam Ronaldo





Lautan merah takluk Paris


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker