Lebih 4,000 orang awam terbunuh di Ukraine – PBB

Lebih 4,000 orang awam terbunuh di Ukraine - PBB
Imej satelit menunjukkan senjata artileri Russia bersedia melancarkan serangan di utara Lyman, Ukraine. – Foto REUTERS

Lebih 4,000 orang awam terbunuh di Ukraine – PBB

KYIV: Lebih 4,000 orang awam terbunuh di Ukraine sejak pencerobohan Russia yang bermula pada 24 Februari lalu, walaupun jumlah sebenar disyaki mungkin lebih tinggi.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR).

Secara keseluruhannya, 4,031 orang dilaporkan terbunuh, termasuk hampir 200 kanak-kanak, menurut OHCHR, yang mempunyai puluhan pemantau di negara itu.

Kebanyakan mangsa terbunuh akibat letupan dan serangan bersenjata, dengan kesan yang meluas seperti tembakan artileri berat atau serbuan udara.





Ia bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak bagi kematian membabitkan orang awam itu.

Moscow menafikan dakwaan pihaknya menyasarkan orang awam dan menggelar pencerobohan itu sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ untuk melucutkan senjata Ukraine dan menyingkirkannya nasionalis anti-Russia yang disokong Barat.

Ukraine dan sekutunya berkata, tuduhan tidak berasas itu digunakan Russia bagi menghalalkan pencerobohan yang berskala besar.

Semalam, pejabat kanan PBB, dalam satu kenyataan, berkata kebanyakan rekod orang awam yang terkorban adalah disebabkan oleh bahan letupan dengan kawasan lingkungan yang luas.

Antaranya termasuk tembakan artileri berat dan sistem roket pelancar berganda, peluru berpandu serta serangan udara.





OHCHR juga percaya bahawa angka sebenar kematian adalah jauh lebih tinggi, kerana terdapat laporan pertempuran sengit di beberapa tempat masih berlaku dan banyak laporan lain yang masih menunggu pengesahan. – AGENSI

Lebih 700 orang awam Ukraine terbunuh sejak serangan

Lebih 4,000 orang awam terbunuh di Ukraine – PBB


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker