Mayat mangsa lemas terakhir ditemui

Mayat mangsa lemas terakhir ditemui
Mayat Ku Nabila Ku Zaid ditemui pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada jam 6.15 petang tadi – Foto NSTP/Ihsan PDRM

Mayat mangsa lemas terakhir ditemui

KUALA KRAI: Mayat terakhir mangsa lemas di Sungai Pasir Kelang, Ku Nabila Ku Zaid, 15, ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas selepas mandi di sungai berkenaan bersama dua sepupunya petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, mayat dijumpai terapung dan tersangkut dekat batu di pulau di tengah sungai oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada jam 6.15 petang.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk dibedah siasat.

“Dengan penemuan mayat terakhir itu, kita menutup operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 7 petang tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.





Media semalam melaporkan, tiga remaja warga Thailand iaitu dua perempuan dan seorang lelaki lemas selepas mandi di sungai itu sebaik selesai memancing, dengan lokasi mandi terletak 500 meter dari Pengkalan Feri Kelang Lama.

Ketika mandi, tiga remaja itu dibawa arus dan insiden dilihat saudara mereka yang kemudian meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan mangsa.

Mangsa pertama berusia 15 tahun ditemui pada 6.30 petang, manakala mangsa kedua berumur 13 tahun pada 9 malam.

Sementara itu, ibu mangsa, Miss Minawa Salleh, 41, berkata, dia bersyukur kerana jasad anaknya sudah ditemui walaupun sudah tidak bernyawa lagi.

“Meskipun berasa sedih kerana kehilangan anak perempuan, namun saya bersyukur jasad Ku Nabila ditemui dan penantian kami sekeluarga sejak semalam akhirnya terjawab.





“Saya tidak dapat menahan sebak apabila pasukan penyelamat memberitahu anak saya sudah ditemui namun dalam keadaan tidak bernyawa.

“Sepanjang misi pencarian dijalankan, saya dan suami tidak putus-putus berdoa semoga anak kami ditemui dan walaupun sukar menerima hakikat Ku Nabila sudah tiada, namun kami perlu kuat dan menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Ku Li Bertindak Sendiri Tanpa Restu Dari Parti

 





Mayat mangsa lemas terakhir ditemui


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker