Pelajar cedera dibelasah enam rakan sekolah

Pelajar cedera dibelasah enam rakan sekolah

Pelajar cedera dibelasah enam rakan sekolah

KOTA KINABALU: Seorang pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Manggatal, di sini, cedera dipercayai dibelasah sekumpulan rakan sekolahnya, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dilaporkan mengalami kecederaan tisu lembut di pipi dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca ketika mangsa sedang mengangkat meja masuk ke dalam kelasnya.





Katanya, laluan mangsa bagaimanapun terhalang oleh sekumpulan pelajar yang sedang bergambar.

“Mangsa dikatakan menjerit meminta laluan kepada kumpulan pelajar terbabit, namun tidak dipedulikan.

“Mangsa kemudiannya menjerit beberapa kali ‘tepi-tepi’ sebelum melanggar pelajar terbabit dengan meja yang diangkatnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, seorang pelajar terus menolak mangsa sebelum berlaku pergelutan antara mangsa dengan kumpulan pelajar terbabit.

Katanya, kejadian dilihat oleh seorang guru yang terus bertindak mengarahkan mereka untuk berhenti bergaduh.





“Pihak sekolah kemudiannya menghubungi ahli keluarga mangsa untuk memaklumkan kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, mengikut laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan pihaknya sudah menahan tiga daripada enam pelajar yang disyaki terbabit.

“Hasil siasatan mendapati enam orang yang dikenal pasti memukul mangsa, seorang ditahan semalam dan dua lagi ditahan hari ini. Bakinya yang masih bebas sedang dikesan.

“Seorang pelajar ditahan reman selama empat hari dan dua orang lagi akan diambil tindakan sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Budak 11 tahun maut dibelasah rakan asrama





Pelajar cedera dibelasah enam rakan sekolah


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker