Penolong pegawai tadbir maut ketika menyelam

Penolong pegawai tadbir maut ketika menyelam
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Dungun sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut – Foto NSTP/Rosli Ilham

Penolong pegawai tadbir maut ketika menyelam

DUNGUN: Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggal dunia ketika melakukan aktiviti menyelam bersama rakannya di perairan Tokong Timur, Pulau Tenggol, hari ini.

Mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, ditemui tidak bernafas ketika timbul dari penyelaman selepas kira-kira 15 minit di dalam air walaupun masa diperuntukkan adalah 45 minit.

Pemandu bot kumpulan itu, Mohamad Sani, berkata beliau pelik apabila melihat mangsa timbul selepas hanya 15 minit menyelam tetapi tidak berbuat apa-apa kerana fikirkan wanita berkenaan mahu berehat atau mengambil nafas.

“Apabila melihat mangsa tidak bergerak, saya mula curiga sebelum menghidupkan enjin bot dan pergi mendapatkan mangsa dalam jarak kira-kira 150 meter.





“Mangsa tidak menunjukkan tindas balas selepas saya mengejutkan beberapa kali sebelum saya menaikkan dia ke atas bot dan memeriksa nadi,” katanya.

Mohammad berkata, selepas membuat pemeriksaan nadi, mangsa didapati meninggal dunia sebelum segera menghubungi talian kecemasan.


Lawati Laman :


Mangsa yang juga penolong pegawai tadbir MBSA bersama tiga rakan melakukan aktiviti penyelaman di situ.

Ketika itu ada lapan penyelam lain juga menyelam di situ.

“Kami bertolak dari Kuala Dungun kira-kira jam 8.30 pagi dan tiba di situ, kira-kira jam 9.45 pagi sebelum mangsa serta penyelam lain turun menyelam.

“Saya dan pembantu saya di atas bot dan 15 minit selepas itu, saya pelik bila melihat mangsa timbul di permukaan air dalam sedangkan masa menyelam diperuntukkan kepada mereka sekitar 45 minit,” katanya.





Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa bersama tiga rakannya tiba di Dungun malam tadi sebelum bertolak ke kawasan Pulau Tenggol jam 8.30 pagi ini untuk menyelam di situ.

“Mangsa dikatakan memiliki sijil menyelam dan menyertai trip harian itu dan dijangka pulang semula ke Dungun pada petang ini.

“Mayat mangsa dibawa oleh pemandu bot ke Kuala Dungun sebelum dibawa polis ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pembantu tadbir rugi lebih RM30,000 diperdaya Macau Scam





Penolong pegawai tadbir maut ketika menyelam


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker