Polis Iran lepas gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan

Polis Iran lepas gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan
TEHRAN: Polis Iran melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menuntut keadilan bagi insiden runtuhan bangunan.
Ini berikutan, satu runtuhan besar sebahagian bangunan Metropol 10 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Abadan, wilayah Khuzestan, Isnin lalu hingga mengorbankan 28 orang.
Tunjuk perasaan itu sudah berlanjutan selama tiga hari di Abadan dan bandar-bandar lain di wilayah itu yang bersempadan dengan Iraq.
Sebilangan orang menjerit “mati kepada pegawai yang tidak cekap” dan “pegawai yang tidak cekap mesti dihukum mati”, sama seperti gesaan dalam setiap protes.
Menurut agensi berita Fars, tempat lain di Khuzestan, Bandar-e Mahshahr turut menyaksikan orang ramai melaungkan sambil memukul gendang tradisional.
Selain itu, di bandar Isfahan, Yazd dan Shahin Shahr di tengah Iran turut berlaku protes untuk menyatakan simpati kepada mangsa tragedi.
Menurut agensi berita Tasnim, sebuah kedai di Abadan milik keluarga pemilik bangunan itu dibakar dan dimusnahkan oleh individu tidak dikenali, Khamis lalu.
Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi, berkata dua lagi mayat telah ditemui dan dihantar untuk pengecaman, menjadikan jumlah kematian ialah 28 orang.
Bagaimanapun, tiada pengumuman mengenai berapa ramai orang yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
Badan kehakiman wilayah Khuzestan, berkata seramai 13 orang telah ditahan berhubung kejadian itu, termasuk datuk bandar dan dua bekas datuk bandar.
Malah, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyeru mereka yang bertanggungjawab untuk didakwa dan dihukum.
Naib Presiden Pertama, Mohammad Mokhber, berkata rasuah berleluasa wujud antara kontraktor, pembina, penyelia dan sistem pelesenan.
Pada Januari 2017, 22 orang, termasuk 16 anggota bomba maut dalam kebakaran yang melanda pusat beli-belah Plasco 15 tingkat di Tehran. – AFP
Wanita Afghanistan disembur pemedih mata oleh Taliban
Polis Iran lepas gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan
Lawati Laman :
- PPBM: Akta Anti Lompat Parti Tak Nak, Jawatan Menteri Nak
- Sekarang Musim Katak Melompat Keluar Dari PPBM
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.