Raih gangsa dapat RM10,000 seorang

Raih gangsa dapat RM10,000 seorang
Presiden MABA, Datuk Seri Lee Tian Hock (berkot) menyampaikan insentif kepada skuad wanita yang raih gangsa di Sukan SEA Hanoi.

Raih gangsa dapat RM10,000 seorang

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock mengotakan janjinya apabila menyampaikan insentif kemenangan kepada skuad 5×5 wanita negara yang memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi.

Pada majlis yang berlangsung di Wisma MABA, hari ini menyaksikan setiap pemain menerima wang tunai sebanyak RM10,000 manakala dua orang jurulatih masing-masing mendapat RM15,000 seorang.

Tian Hock ketika ditemui media, berharap insentif berkenaan dapat menyuntik semangat barisan pemain negara untuk terus bekerja keras terutama dalam persiapan menghadapi Sukan SEA kemboja tahun dengan sasaran untuk meraih pencapaian lebih baik berbanding di Hanoi.

“Pada 1 Mei yang lalu, saya sudah berjanji akan memberikan insentif kepada pemain, jika berjaya menang emas setiap seorang akan dapat RM50,000, perak RM20,000 dan gangsa RM10,000.





“Ketika itu sasaran kita adalah satu perak dan dua gangsa tetapi kita hanya dapat bawa pulang satu gangsa kali ini. Saya tidak menganggap ini sebagai satu kegagalan kerana semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain sangat memuaskan.

“Kita kalah bukan disebabkan kita tidak melawan tetapi seperti semua tahu faktor saiz fizikal adalah sangat mustahak. Beberapa negara seperti Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia semuanya memiliki pemain naturalisasi.

“Jadi, ini adalah sesuatu yang kita sedang usahakan untuk pasukan negara,” katanya.

Di Hanoi, emas acara 5×5 wanita dimenangi Filipina manakala Indonesia meraih perak dan Malaysia gangsa.

MACC officer should not get award, says pro-Teoh Beng Hock group





Raih gangsa dapat RM10,000 seorang


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker