Shanghai semakin hampir ke arah pembukaan semula

Shanghai semakin hampir ke arah pembukaan semula
Shanghai mula beransur-ansur ke arah pembukaan semula. – Foto AGENSI

Shanghai semakin hampir ke arah pembukaan semula

SHANGHAI: Shanghai mula beransur-ansur ke arah pembukaan semula selepas dua bulan penutupan akibat COVID-19.

Namun, Beijing sebaliknya terus mengekalkan sekatan yang dilakukan secara drastik walaupun bilangan kes menurun.

Shanghai menyasarkan menamatkan penutupannya mulai Rabu ini dengan membenarkan orang ramai keluar, perniagaan dibuka walaupun kebanyakan penduduk masih terkurung di kawasan perumahan mereka dan kebanyakan kedai terhad untuk membuat penghantaran.

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Shanghai, Zhao Dandan, menggesa agar terus berjaga-jaga walaupun sebahagian besar daripada 25 juta penduduknya tinggal di kawasan yang berada dalam kategori berisiko paling rendah.





“Pakai pelitup muka di khalayak ramai, jangan berkumpul dan jaga jarak sosial,” katanya.

Semalam, daerah Fengxian pinggir bandar Shanghai turut membatalkan syarat untuk penduduk mempunyai pas untuk keluar.


Lawati Laman :

Sementara itu, Shanghai Securities News melaporkan lebih 10,000 pegawai bank dan peniaga yang telah tinggal dan bekerja di pejabat mereka sejak permulaan penutupan beransur-ansur pulang ke rumah.

Satu video di media sosial turut menunjukkan orang ramai bersuka ria termasuk warga asing sebelum polis menyuruh mereka pulang.

Walaupun bilangan kes di seluruh negara bertambah baik, pematuhan ketat China terhadap sifar-COVID dilihat memusnahkan ekonomi kedua terbesar di dunia dan rantaian bekalan global serta mencemaskan pelabur.





Kesan ekonomi terbukti apabila keuntungan pada April di firma perindustrian tahunan jatuh 8.5 peratus dengan harga bahan mentah yang tinggi dan kekacauan rantaian bekalan yang disebabkan oleh sekatan COVID-19.

Semasa mesyuarat tergempar Rabu lalu, Perdana Menteri, Li Keqiang mengakui pertumbuhan yang lemah dan kesukaran ekonomi dalam beberapa aspek lebih teruk berbanding pada 2020 selepas China dilanda COVID-19.

China hari ini melaporkan 362 kes harian COVID-19, turun daripada 444 sehari sebelumnya, manakala di Beijing, jangkitan baharu turun kepada 24 daripada 29. – REUTERS

Penduduk Shanghai protes dasar COVID-19 yang teruk





Shanghai semakin hampir ke arah pembukaan semula


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker