Tonik Shah Firdaus

Tonik Shah Firdaus
Shah Firdaus (tengah) menjuarai acara keirin Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Nilai semalam.

Tonik Shah Firdaus

NILAI: Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom menjadikan Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan yang sedang berlangsung ketika ini sebagai pentas untuk dia melakukan ‘eksperimen’ bagi mempelbagaikan lagi corak kayuhannya.

Semalam, Shah Firdaus yang berjaya mempertahankan gelaran juara kebangsaan dalam acara keirin di Velodrom Nasional di Nilai berkata, dia berpuas hati dengan pencapaian itu tetapi menjelaskan masih banyak lagi ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasinya.

Katanya, dia menjadikan Kejohanan Kebangsaan sebagai medan ‘pemanas badan’ sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Berbasikal Asia di New Delhi, India pada 18 hingga 22 Jun dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 (28 Julai hingga 8 Ogos).

“Setakat ini persiapan semua berjalan dengan baik dan prestasi saya di sini pun agak konsisten.





“Kebiasaannya apabila saya berlumba di Malaysia, saya cuba beberapa taktikal baharu kerana ia adalah masa yang sesuai untuk saya melakukannya. Saya tidak banyak melakukan eksperimen di kejohanan antarabangsa.

“Sebagai contoh, dalam pusingan pertama (keirin) saya cuba kekal di depan (berbanding datang dari belakang). Adalah penting untuk menjadi versatil kerana apa jua boleh berlaku dalam perlumbaan.

“Kayuhan saya agak berbeza dengan pelumba lain, saya fikir kekuatan saya untuk melakukan pecutan dalam jarak panjang. Apa pun, masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum kejohanan yang lebih besar berlangsung,” katanya.

Shah Firdaus yang mewakili Johor menjadi pelumba pertama tiba di garisan penamat dalam acara keirin, mengatasi rakan sepasukan dalam skuad elit negara, Fadhil Zonis (Selangor) dan adiknya, Ridwan Sahrom (Johor) yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, pelumba wanita negara, Anis Amira Rosidi yang mewakili Perlis menepati ramalan apabila meraih emas acara keirin.





Dia mengatasi Nurul Aliana Syafika Azizan dari Pulau Pinang yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala pelumba Kedah, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri ketiga.

Kemalangan buat Shah Firdaus gigit jari

Tonik Shah Firdaus


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker