Victoria’s Secret bayar AS$8.3 juta pekerja Thai yang dipecat

Victoria's Secret bayar AS$8.3 juta pekerja Thai yang dipecat
Victoria’s Secret mengesahkan persetujuan mengenai pampasan telah dicapai, tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar. – Foto REUTERS

Victoria’s Secret bayar AS$8.3 juta pekerja Thai yang dipecat

BANGKOK: Lebih 1,000 pekerja pakaian dalam Thailand untuk sebuah kilang membekalkan pakaian dalam gergasi Victoria’s Secret, yang dipecat telah menerima pampasan bernilai AS$8.3 juta (RM36.345 juta).

Victoria’s Secret dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa persetujuan telah dicapai, tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar.

“Selama beberapa bulan kami telah berkomunikasi secara aktif dengan pemilik kilang untuk memudahkan penyelesaian.

“Kami kesal mereka akhirnya tidak dapat menyelesaikan perkara ini sendiri, jadi untuk memastikan pekerja menerima jumlah pemberhentian penuh, Victoria’s Secret bersetuju untuk memberi dana pemberhentian kepada pemilik kilang,” menurut kenyataan itu.





Terdahulu, Brilliant Alliance Thai menutup kilangnya di Samut Prakan pada Mac 2021 selepas muflis, tetapi 1,250 pekerja yang diberhentikan tidak menerima bayaran pemberhentian yang dimandatkan di bawah undang-undang Thailand.

Bagaimanapun, Sycamore Partners tidak memberi sebarang komen lanjut.

Menurut kumpulan hak pekerja antarabangsa, Solidarity Center, perjanjian itu adalah jumlah penyelesaian terbesar kecurian gaji di kilang pakaian individu.

Pengarah Negara Solidarity Center Thailand, David Welsh, berkata perkara ini tidak pernah berlaku.

“Kami mahu lebih banyak jenama melakukan perkara yang sama, tapi malangnya ini bukan yang terakhir kerana akan ada banyak lagi kes seperti ini,” katanya.





Laporan Konsortium Hak Pekerja sejak April tahun lalu menjelaskan, ia telah mendokumenkan kes kecurian gaji yang sama di 31 kilang pakaian di sembilan negara.

Pengarah Eksekutif Konsortium Hak Pekerja, Scott Nova, berkata isu kecurian gaji dalam industri pakaian berlaku dengan teruk semasa pandemik apabila tempahan pakaian menurun.

Katanya, dianggarkan pekerja pakaian di seluruh dunia berhutang AS$500 juta (RM2.189 bilion) akibat penutupan kilang dan pemecatan tanpa gaji. – AFP

Victoria tuan rumah Sukan Komanwel 2026





Victoria’s Secret bayar AS$8.3 juta pekerja Thai yang dipecat


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker