Anggota bomba melecur dalam letupan tong bahan kimia

Anwar’s former aide, defeated in race for PKR Gombak chief, wants forensic audit
Seorang anggota bomba dan penyelamat cedera melecur akibat letupan tong berisi bahan kimia dalam kebakaran kilang tilam di Jalan Jelebu, di sini, petang semalam

Anggota bomba melecur dalam letupan tong bahan kimia

SEREMBAN: Seorang anggota bomba dan penyelamat cedera selepas tong berisi bahan kimia, meletup dalam kebakaran kilang membuat tilam di Jalan Jelebu dekat Sikamat, malam tadi.

Kebakaran itu bermula kira-kira jam 6.45 petang semalam, membabitkan kilang berkeluasan 54,864 meter persegi yang terbakar sehingga 90 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Zamhuri Zainnordin, berkata letupan itu berlaku jam 7.54 malam.

“Letupan tong bahan kimia berbahaya itu dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota pemadam iaitu Mohd Yazid Rahmat, 35, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang.





“Mangsa cedera melecur di bahagian sisi muka kanan dan tangan kiri sebelum dihantar pasukan EMRS ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapat rawatan.

“Anggaran bahagian yang terbabit adalah sebanyak dua peratus dan berada pada tahap dua dan kini dalam rawatan terhadap kelecuran yang dialaminya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai kebakaran itu, Zamhuri berkata, operasi memadam kebakaran dimulakan jam 6.54 petang oleh jentera BBP Seremban dan BBP Ampangan.

“Jentera bantuan BBP Senawang tiba di lokasi jam 7.10 malam dan membuat pemadaman di bahagian belakang kilang. Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan kediaman berdekatan satu jam kemudian iaitu pada jam 7.54 malam,” katanya.

Katanya, operasi memadam kebakaran itu membabitkan 10 pegawai dan 35 orang anggota dengan lapan jentera termasuk jentera aerial ladder platform (ALP) dari BBP Ayer Keroh, Melaka.





“Operasi pemadaman kebakaran secara purata mengambil masa 2 jam 30 minit dan tamat sepenuhnya jam 11.06 malam. Punca kebakaran masih di dalam siasatan,” katanya.

Wanita melecur, rumah musnah terbakar

Anggota bomba melecur dalam letupan tong bahan kimia


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker