COVID: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin sepenuhnya
COVID: HAMPIR 33 PERATUS KANAK-KANAK DI MALAYSIA LENGKAP DIVAKSIN SEPENUHNYA
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) – Seramai 1,166,385 atau 32.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,714,171 atau 48.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,093 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,009,604 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 16,094,258 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,281 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,993 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 10,883 dos harian diberikan semalam meliputi 5,172 dos pertama, 4,709 dos kedua dan 1,002 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,908,659.
Sementara itu Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan lima kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua di Sarawak dan masing-masing satu di Perak, Perlis dan Selangor.
– BERNAMA
Bukan Hanya Rakyat, Covid Pun Marah Pada Abahkau
COVID: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin sepenuhnya
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta