Finland, Sweden perlu penuhi syarat Turki sebelum menyertai NATO

Finland, Sweden perlu penuhi syarat Turki sebelum menyertai NATO
BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menegaskan Finland dan Sweden perlu memenuhi syarat negara anggota, Turki sebelum keahlian mereka diluluskan.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, berkata syarat itu perlu dipenuhi sebelum sidang kemuncak NATO yang dijangka berlangsung pada 28 hingga 30 Jun ini.
Pemimpin NATO itu menerima pendirian Ankara yang menentang kemasukan dua negara berkenaan dan menggesa isu berkenaan diselesaikan segera.
Turki membantah penyertaan Finland dan Sweden dengan alasan kedua-dua negara itu menyokong Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Gerakan Gulen (FETO) yang dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Ankara.
Menurut Stoltenberg, Turki menuntut kedua-dua negara itu menggunakan terma pengganas terhadap PKK dan FETO serta mengekstradisi individu dikaitkan dengan pertubuhan itu.
“Tiada negara yang mengalami serangan pengganas sebanyak Turki dan mereka adalah sekutu penting, apabila sekutu ada kebimbangan, maka ia harus dibincangkan dan diselesaikan,” katanya.
Beliau menegaskan, pendirian setiap negara anggota adalah keutamaan NATO dan perlu ada konsensus dalam sebarang keputusan yang dibuat.
Stoltenberg turut mengingatkan kes di mana status keahlian calon, Republik Macedonia Utara tertangguh selama lebih 10 tahun kerana undian Greece yang menyuarakan kebimbangan sama seperti Turki.
“Sweden dan Finland boleh mengambil bahagian sebagai negara tetamu dalam Sidang Kemuncak NATO yang akan diadakan di Madrid.
“Bagaimanapun, jika kedua-duanya tidak bertindak terhadap syarat Turki sebelum 28 Jun ini, sukar untuk memenuhi hasrat mereka untuk menyertai NATO,” katanya.
Stoltenberg juga menekankan bahawa beliau mahu permohonan itu menjadi proses yang pantas dan lancar.
Finland dan Sweden memutuskan untuk memecahkan sejarah berkecuali mereka pada 15 Mei lalu apabila memetik operasi ketenteraan Russia di Ukraine sebagai faktor utama menyertai NATO. – AGENSI
Finland, Sweden perlu penuhi syarat Turki sebelum menyertai NATO
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.