Janji Moscow kepada Ukraine hanya omong kosong

Janji Moscow kepada Ukraine hanya omong kosong
KYIV: Penasihat presiden Ukraine dan perunding damai, Mykhailo Podolyak, menyifatkan sebarang perjanjian dengan Russia tidak boleh dipercayai sama sekali.
Malah, Podolyak percaya satu-satunya cara untuk menghentikan pencerobohan Moscow adalah dengan menggunakan kekerasan.
“Sebarang perjanjian dengan Russia tidak bernilai sesen pun.
“Adakah wujud kemungkinan untuk berunding dengan negara yang sentiasa berbohong, bercakap sinis dan sering dengan propaganda,” tulisnya di aplikasi Telegram.
Podolyak berkata, Russia membuktikan bahawa ia adalah sebuah negara yang biadab dan mengancam keselamatan dunia melalui pencerobohan ke Ukraine.
“Ia hanya boleh dihalang dengan kekerasan,” katanya.
Russia dan Ukraine menyalahkan satu sama lain selepas rundingan damai terhenti, dengan kali terakhir ia diketahui dilaksanakan secara bersemuka pada 29 Mac lalu.
Malah, menurut Kremlin pada awal bulan ini, Ukraine tidak menunjukkan kesediaan untuk meneruskan rundingan damai, manakala pegawai di Kyiv menyalahkan Russia kerana kurangnya kemajuan.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata satu-satunya orang yang seharusnya dibawa ke meja rundingan ialah Presiden Russia, Vladimir Putin, kerana beliaulah yang membuat semua keputusan.
“Tidak kira apa yang menteri luar mereka katakan… tidak kira dia menghantar beberapa kumpulan perunding kepada kami, malangnya semua pihak ini bukan berkuasa,” katanya dalam sesi temubual yang dirakam di televisyen Belanda Jumaat lalu.
Sebelum ini, Putin berkata tentera Russia sedang menjalankan operasi khas untuk memusnahkan Ukraine dan menyingkirkannya daripada radikal nasionalis anti-Russia.
Bagaimanapun, Ukraine dan sekutunya menyifatkan dakwaan Putin sebagai alasan palsu untuk menceroboh negara itu. – REUTERS
Janji Moscow kepada Ukraine hanya omong kosong
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.