Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Sebelum Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, mengisytiharkan keluar dari PPBM, Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri hanya mempunyai 116 sokongan Ahli Parlimen.

Sokongan 116 Ahli Parlimen itu adalah dengan menganggap 4 Ahli Parlimen BEBAS berada di blok kerajaan ekoran dari MoU yang ditandatangani dengan Pakatan Harapan.

Ia juga diambil kira  2 Ahli Parlimen dari parti baharu, PBM, berada di blok kerajaan.





Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Hakikatnya, jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang sebenar hanyalah 112 orang.

Walau pun MoU tersebut adalah di antara Kerajaan Keluarga Malaysia dan Pakatan Harapan, tetapi, hasil dari persetujuan lisan, 4 Ahli Parlimen BEBAS akan berada di blok kerajaan sehingga tamat MoU.

Selepas tamat MoU, Ahli Parlimen BEBAS tersebut, bebas memilih untuk sama ada menyokong Pakatan Harapan atau kerajaan atau berkecuali.

Namun sebaik sahaja MoU tamat pada  akhir bulan ini, keadaan akan berubah.





Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Selepas Zuraida keluar dari PPBM, sumber dalaman memaklumkan kepada Edisi Siasat, akan ada seorang lagi Ahli Parlimen yang akan keluar dari PPBM untuk menyertai PBM.

Sumber memaklumkan, Ahli Parlimen tersebut adalah Azmin Ali.

Sekiranya ini berlaku, Ahli Parlimen PBM akan menjadi 4 orang dan dijangkakan, Azmin Ali akan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Ismail Sabri sekiranya mahu PBM kekal bersama kerajaan.

PPBM sudah pasti akan menentang permintaan Azmin Ali.

Sekiranya permintaan itu tidak ditunaikan, maka Azmin Ali akan membawa PBM keluar dari kerajaan dan menjadi Ahli Parlimen berkecuali.





Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Ini akan membuatkan Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri hanya mempunyai 108 sokongan Ahli Parlimen dan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

Dan sekiranya Ismail Sabri memenuhi permintaan Azmin, maka beliau akan berhadapan risiko kehilangan sokongan 40 Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional.

Dalam kedua-dua keadaan, Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri akan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.





Benar, pembangkang juga tidak mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Tetapi yang penting, kerajaan MESTI membuktikan mempunyai majoriti mudah untuk terus berkuasa.

Siapa Di Belakang Krisis Politik Terbaru Ini?

Persoalannya, siapakah di belakang krisis politik terbaru ini?

Adakah ianya permainan Pakatan Harapan yang mahu memaksa Ismail Sabri supaya menyambung MoU hingga ke akhir penggal?

Atau permainan Dr Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri dari BN/UMNO?





Mungkin juga permainan Mahiaddin yang marah dengan Ismail Sabri kerana sudah berani melanggar arahan beliau?

Inilah akibatnya apabila Ismail Sabri mengabaikan peringatan dari Presiden UMNO bahawa apa yang beliau sedang lakukan sekarang adalah ibarat sedang tidur bersama musuh.

Walau siapa pun di belakang semua ini, rakyat mesti menyingkirkan mereka semua dalam PRU 15 supaya kita dapat kerajaan yang lebih stabil demi kesejahteraan rakyat.

 

Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU

 

Lawati Laman :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker